Tuesday 31 January 2012

Jalan-jalan Cuci Mata >__^ : Lamin Dana , Mukah , Sarawak Bab 1

Assalammualaikum .
setelah bercuti lama untuk menulis blog , sekarang wani dah kembali .
Selamat pagi semua .

Jom ikut wani jalan-jalan cuci mata di Mukah Sarawak .
wani just nak cerita salah satu tarikan pelancong di Mukah , Sarawak iaitu Lamin Dana Mukah .
cerita siketttt ..
sebenarnya Lamin Dana adalah rumah pada asalnya . rumah tersebut adalh rumah yang diwariskan kepada anaknya . tetapi anaknya tidak mendiami rumah tersebut & menjadikan rumah tersebut sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang lama .
ni adalah 1st time wani pergi situ even tempat tu tak la jauh sangat dari tempat tinggal wani .
dalam tu banyak barang-barang yang unik & barang-barang kebanyakannya dihasilkan dengan rumbia .
memang unik sangat sebab semua perhiasan melambang ciri-ciri Melanau .

ni lah rupa rumah tuu .
dari luar memang nampak buruk tapi bila masuk dalam rasa seperti di dalam sebuah chalet .
menurut kata penjaga rumah ni , kebanyakan yang sering bermalam di sini kebanyakan mat-2 saleh dari pelbagai negara .
bilik untuk 2 orang berharga RM75 satu malam .
untuk 4 orang pulak , biliknya agak besar iaitu RM 150 .


sori , gambar tak jelas sangat . ekekeke .
yang nih bilik untuk 2 orang . haa! tengok model wani tuh .


ni view tingkat . cantek sangatsangat . seperti sebuah chalet yang menggunakan sebuah barang klasik .



ni adalah nama salah satu nama bilik yang terdapat di situ . 
nama-2 bilik di situ semuanya berasakan nama buah dalam bahasa melanau .


ni gambar terendak yang wani sempat sanp .
hiasan dinding juga melambangkan melanau .
terendak selalunya dipakai oleh petani atau nelayan .
berfungsi seperti payung ..





k , nak out dulu . nanti update lagiii ..
banyak lagi gambar yang menarik . mungkin wifi rumah ada problem .
wani terpaksa ambek masa yang lama untuk upload gambar-2 .
uwaaaaaaa ! sedeh !





No comments:

Post a Comment

ade oang membebel laaa ...:p