Sunday 17 March 2013

REDHA :)

Assalammualaikum:)
Lama wani tak update kan ?
hidup sekarang dah tak macam dulu, hidup membusy sepanjang masa. Risau jugak takut kesihatan tak terjaga.
Tapi Alhamdulillah Allah beri wani kesihatan yang sangat baek bila wani dah aktif bekerja ..
Rindu sangat nk kongsi cerita dengan korang semua :)
Sekarang, kehidupan wani dah banyak berubah . Dah tak macam dulu dah..Sekarang,wani berdiri di atas kaki sendiri mengisi perut.Kalau takda duit tak makanlahh.hehehe ade ker??
Seperti yang wani pernah update dulu,memang wani teringin sangat nak continue study. nak buat macam mane kalau wani takda rezeki nak sambung.
Kekadang, pernah terfikir kenapalah wani dilahirkan dalam keluarga yang susah?? Teringin nak hidup senang. Bila tengok orang lain sambung belajar,mulalah perasaan macammacam timbul.
Tapi, bila fikir balek semuanya rezeki masingmasing..Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambanya. Bersyukur sampai hari ni still bernafas, maseh dapat gelak dengan kawan-kawan.

Wani harap apa yang wani rancang selepas ni mendapat rahmat dan redha daripada Allah SWT. Alhamdulillah, sekarang wani dah ada Arjuna yang sentiasa faham keadaan wani. Lebih-lebih lagi bila ianya direstui mak ayah...Alhamdulillah:)
Sekarang,wani dan dia tengah mengambil masa untuk mengenali hati budi masing-masing.
Kesibukan kerja dan jarak yang sangat jauh menambahkan lagi keteguhan hati kami. InsyaAllah, kalau ada jodoh wani akan bertunang beberapa bulan je lagi.
kalau takda jodoh pun wani redha. Kita hanya merancang ,segalanya Allah yang menentukan. dan wani yakin Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambanya. amin...
Kalau ade apa-apa,takda halangan apa-apa wani akan update lagi kalau dah bergelar tunangan orang.

Bercerita mengenai kerja wani pulak..
hari-hari kerja dan ada satu hari je untuk wani merehatkan badan. Kerja yang  agak penat jugak, agak menguji kesabaran.. Alhamdulillah , sampai sekarang wani masih dapat bertahan walaupun bermacam-macam dugaan yang hadir menguji. Bersyukur sangat sebab gaji cepat naek. Tak macam dulu dah, terpaksa pandai masing-masing untuk save duit sampai hujung bulan ..
Dugaan sangatsangat  besar .. Baru-baru ni wani ada shot duit.. terpaksalah wani bayar, nak taknak kena jugak bbayar.. harap esok wani kerja baik2 sajaaa..
aminnn..

k lah ,wani nak out.. mengantok sangatsangat..
InsyaAllah laen kali kongsi lagi hehehe..
Assalammualaikum :)


Thursday 8 November 2012

AZAM HARI TUA! DOAKAN JUGA :)

Assalammualaikum...
wachhhaaaa! pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 11...
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ... alhamdulillah Ya Allah ...
bulan 11 bermaksud umur wani dah mula menggenap 19 tahun .. masih muda sanggggatttttt! hihihiihi

bila berpeluang nak update blog ni , tambah-tambah memang dah lama sangat wani tak update so , sekarang wani nak bagitau siket azam wani bila dah semakin meningkat usia nih ...
eh , nak citer siket , sekarang wani still kerja .. tak tahu samada wani akan continue study this year atau tahun akan datang.. doakan wani diberikan rezeki yang murah .. aminnn :)
even sekarang ni wani memang tak dapat nak kumpul duit sangat , tapi wani harap wani dimurahkan rezeki ...
wani harap sangat wani dapat continue study ..

tapi, kehidupaan wani sekarang banyak mengajar wani erti kesabaran , erti kebebasan , erti berdikari dan banyak lagi .. Alhamdulillah :)
even kais pagi makan pagi kais petag makan petang , at least wani tak menyusahkan orang lain , tak membebankan orang lain ...
wani jugak bersyukur sebab wani disenangi orang lain ... walaupun tak semua yang dapat terima siapa wani , apa perubahan wani tapi biarlah wani simpan baek-baek dalam hati , biar wani sorang yang pendam perasaan ...
okeyh ! masuk line .. jangan melalut dahhhh ..

AZAM HARI TUA WANI!
1 : wani nak wani sering mendekatkan diri dengan Allah.
2:semakin berfikiran terbuka dalam semua hal.
3: rela disakiti walaupun hati sentiasa disakiti.
4:rapat dengan semua orang.
5:manfaatkan setiap detik.
6:serius dalam semua hal yang WAJIB diambil serius.
7:tak mau sia-siakan apa yang ada di depan mata.(maksudnya tak memandang rendah apa-apa yang didepan mata)
8:fokus pada kerja!(even kerja tak berapa nak stabil dari segi kewangan)
9:tak perlu ambil tahu hal orang lain.
10:sentiasa bersabar dalam semua hal.
11:sentiasa jaga aurat dan penampilan.
12:bersabar even orang pandang rendah dengan apa yang wani buat sekarang.
13:YANG PENTING ! kumpul duit untuk masa depan sendiri.
14:setia pada pakwe . biar dia yang undur dulu asal bukan wani yang berundur.

okeyh! InsyaAllah , ni yang wani harapkan di hari tua wani . harap wani menjadi seorang anak yang baik , dan hamba yang taat kepada Allah .. aminnn ...

Wednesday 6 June 2012

aku cari duit , aku isi perut sendiri ^__^

Assalammualaikum semua ..
lama dah tak hapdet .. almaklumlah sekarang I dah terlalu biji dengan rutin harian ... hahahha
sejak bila i pakai i u , i u nie ??

okey , sekarang aku kerja untuk isi perut aku sendiri sementara nak apply sambung study .. yahooo! semuanya Allah yang menentukan .. harap apa yang dikurniakan hari ini tak berciciran .. amiiiiin ...
aku duduk hostel with my sis n my cuzzie also with my friend actually ...
sebenarnya memang takda idea nak tulis apa dalam blog nieee ..

minggu nie dah masuk 3 minggu bekerja .. Alhamdulillah , seronok ..
cabaran di tempat kerja tu memang ada ..
tapi , kalau boleh tahan , InsyaAllah saya tahan ...
awal pagi dah aku ajak kawan aku pergi on9 kat cc tak jauh dari hostel .. jalan kaki 2 , 3 langkah memang sampai ... seriously , tak jauh ... (macam la orang tak percaya) HAHAHA

pukul 12 tengahari aku dah masuk kerja ...
so , menghadap pelbagai kerenah customer ..
mudahan dipermudahkan ...
 hari ni kerja sampai malam .. ohmaigod ? bila lagi i tak perlu kerja malam ??
pooonat hambooo ~
tapi , sabar .. duittttt ...

memang pengalaman bekerja sekarang sangat-sangat berbeza dari apa yang saya bayangkan ..
lain yang dimintak , lain yang dapat ..

k laaa , aku cakap aku takda idea ..
kepada blogger area tempat aku nie kalau jumpa aku tegur ..
okey , baeklah ..
roger and out !

Wednesday 9 May 2012

keja gilaaa :) sapa suruh ??

Assalammualaikum guys !

selamat hari IBU kepada ibu-ibu seluruh dunia .. wani sayang korang semua ! muahmuahmuah !
weyh , petang ni kitorang sanggup jalan dari kantin sana sampai pasar gara-gara nak pegi CC , online ..
siap peluh-peluh jalan dari ..
time jalan tadi , aku rasa macam punggung tinggal kat belakang .. mana taknya semakin hari aku semakin gemuk .. sengal ..
tambah-tambah sekarang dah kerja menghadap makanan .. konfem ah aku makan sentesa ..

oke , sekarang aku kat cc update blog ..
rindu tahap apa entahh ..
seriously aku rindu nak update blog .. tetapi malangnya aku tak dapat nak upload mana-mana gambar ..
mana taknya , online kat cc mana boleh cucuk mana-mana USB ..
sengal sangat-sangat kan ??

now , wani bekerja kat kantin ngan kazen-kazen aku yang memang gilaaa ..
hari ni dah masuk 3 hariii .. macam baru lagi kan ?
wani memang seronok kerja kat sini sebab tiap hari wani boleh lupakan segala masalah ..
tiap hari bergelak ketawa .. tiap ahri beronok-ronok .. hahahaha

aku update blog just nak bagitau yang aku sekarang ni dah tak babysitter ..
yeah ! aku sekarang merdeka .. berdiri di atas kaki sendiri ...
 buat keputusan dah tak tersekat-sekat .. tak perlu nak jalan sana sini semua orang lain yang kena hantar ...
dan aku pun dah hentikan pengambilan ubat kat farmasi .. sebab aku malas ... ubat lama tak termakan nak ambek ubat yang baruuu .. memang tak aaahhh ...
 k , aku nak out ..
nak kentut japp .. hahaha

bye ..
thanks reading :)


Wednesday 18 April 2012

Takda kerja , cari kerja #Part 4

Assalammualaikum ..
selamat pagi bumi :)

pagi ni mengada pulak kepala otak ni .. bersemangat giler nak on laptop terus nak update blog .. sambil ditemani TV3 ( Malaysia Hari Ini ) aku taip blog sorang-sorang .. takkan ajak orang lain kot .. ni blog aku laa beb , tak mau aah suruh orang lain taip ..
sorang-sorang kat rumah , aku rasa aku blur tahap cimpanzi ! tak tau nak buat apa ...
pagi-pagi dah aku off hp gara-gara aku tak mau orang lain ganggu aku yang tengah concentrate nak taip blog kesayangan ...
weyh ! tengah aku khusyuk taip blog ni , tibe-tibe muncul muka Fizo Omar kat kaca TV ( MHI ) . terbantut dah idea nak taip blog , cair tengok Fizo ...

keyh , hari tu entry ni tergantung takat gambar nasi tu kan ? hari tu tiba-tiba internet buat hal , blog pun buat hal so terpaksa publish je entri sebab malas nak buat sebagai draft ...

ni adalah sambungan cerita pada hari ketiga berada di Dalat .....
off duty :)


perut pun dah kenyang , hati pun dah senang ... ahihihi
pinggan pun dah nampak licin tapi taklah terlalu licin ... penuh satu meja kitorang order makanan padahal 4 orang je ..
ahahahha ! pe hal ah kazen tak gambar terus je laki kat belakang tu ?? nampak macho ! nampak je , dalam hati tak tau ...


peace ! aku nak tunjuk muka kiut aku sebelum aku pergi jalan-jalan cari makan :)
hiraukan objek di belakang sebab semua ni gara-gara kazen yang suka sepahkan baju ! hahahha ..
yang kaler pink tu sebenarnya belakang kazen aku .. jurukamera tak boleh detect tu pasal dia snap belakang kazen aku jugak !

sebenarnya terlalu banyak gambar .. puas dah belek-belek , tengok-tengok ...
gambar yang aku tunjuk tak bermaksud aku just nak promote diri aku ..
sebenarnya banyak lagi gambar kazen aku yang lain ..
kalau la upload gambar tak terlalu mengambil masa yang banyak memang aku dah upload semua ...
oke , continue with story mory ..

Hari ke 4 ......
aku lupa nak snap gambar dari awal pagii ..
aku just ingat nak snap after break !


this is my kazen .. weyh , aku speaking London ..
aku baru ingat nak snap bila aku tengok banyak duit dalam besen merah tu .. mana tau , kazen aku sudi bagi kat aku :)
walaupun nampak banyak tapi tu semua adalah duit singget ! ni dah jadi rutin kitorang kira duit after student masuk kelas ..


weeeeee ~ aku senyum melebar .. kazen aku punyalah seronok hitung duit aku siap menggedik pulak ..
kalau tak silap hari tu kitorang dapat around SERIBU .. bold siket .. ahahha

disebabkan ni adalah hari terakhir aku join dorang so kitorang decide nak snap gambar yang nampak pelik dan skema .. jom tengok !











kalau aku tengok gambar ni memang aku nak gelak sorang-sorang .. makin lama aku simpan makin lama aku gila sorang-sorang .. ahhaha
muka dorang punyalah selamba macam takda papa berlaku ..
aku yang tahan sakit perut tengok dorang ..

Last day memang sedih sebab 4 hari tu memang cukup bermakna ..
even penat tapi muka tetap happy ..
macam otak ni ringan je ...padahal kalau nak diikutkan kepala otak ni serabut dah macam akar pokok ...
pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi aku ..
sebelum balik aku sempat siapkan sekeping surat kat dorang ..
Allah je tau sebenarnya berat hati nak tinggalkan dorang .. walaupun dorang adalah kazen aku sendiri tapi kitorang jarang jumpa .. masing-masing ada hal masing ..


oke , cukup sampai di sini pengembaraan bersama Upin & Ipin .. ooops! terpesong dari landasan keretapi ...
next entry ..
Takda kerja , cari kerja #Part 5..
tengs for reading ..







Monday 16 April 2012

Takda kerja , cari kerja #Part 3

Assalammualaikum .
Bismillahhirrahmannirrahim :)

seperti yang dijanjikan ! next entri pasal aku . kisah aku sebagai pekerja kantin . lalallaa ~ seronoknya .


ni adalah hari pertama aku jejakkan kaki kat kantin SMKD . tauke besar tengah masak sambal nasi lemak .
gambar  di atas ialah kazen aku . TAUKE BESAR BEB !  ahahaha .
oke , kalau korang nak terjah FB dia boleh gak . just klik ! Dianz Dianie Jaafar 
dia yang control semua hal dalam kantin ni termasuk duit dan pembelian barang modal . hebat tak ??


this is my cuosin also . korng pun dapat klik FB dia kalau korang nak ! Akylh Tahir 
baru sampai terus masak . walaupun just masak telur dadar . ahahahha


ni jugak kazen aku . nak terjah FB dia korang boleh klik ! Misszz Winduu 
laki tu pulak kazen aku merangkap pakwe dia . wei ! macam tu ke duduk depan pakwe ? siap angkat kaki makan ? 
u see , laki tu makan pakai garpu dan sudu . elleh , konpem ah dia rasa macam makan kat restoran . kitorang semua makan pakai jari . dia pulak mengada makan pakai sudu . ahahha


Hari pertama sebagai pekerja kantin .....


it's me ! bangun seawal 4 pagi sebab nak siapkan banyak benda . aku bangun je 4 pagi tapi aku still duduk dalam bilik tunggu turn nak mandi . yang lain dah sibuk aku jugak yang belum siap . ahahahha
gambar di atas adalah gambar yang menunjukkan aku tengah packing nasi lemak . RM1 sebungkus , sapa nak beli ??
maybe around seratus bungkus yang mesti dibungkus dalam satu pagi .

seriusly , memang jarang nak bangun seawal 4 pagi kalau tak da hal apa-apa . itu yang menyebabkan ianya adalah pengalaman yang sangat menarik . even penat tapi seronok .
tangan tu memang tak henti sangat sebab banyak kerja yang kena buat . melayan pelanggan dan macam-macam lagi . wani memang jarang sangat nak handle duduk depan take order sebab aku SPU siket . ahahaha .. so , aku siket-siket tolong hantar order .


senyum ~ pagi-pagi dah senyum lebar . oh , hati berbunga-bunga . seperti ingin keadaan ini kekal untuk selamanya :)
beg hitam tu duit ! aku nak beg hitam tu . hahaha
aku bergambar siap pakai appron menggambarkan aku seorang pekrja yang skema tapi sweet . 
nampak tak tepi besen tu ? dalam besen ada mee yang menunggu untuk dimasukkan ke dalam plastik .
kang aku makan kau nanti mee baru kau tau .


ni bila dah tengahari mata pun mengantok . tu pasal eren tutup mata . tu pasal muka kilah berlagak semacam . MENYAMPAH !
keadaan dah semakin tenang dah takda sapa yang nak ambek order :)
hoorey ! berjaya melepasi azab pada hari pertama . 
budak-budak kelaparan seperti keluar dari kandang .

Hari kedua .....

seperti biasa , pagi-pagi isi nasi lemak masuk dalam plastik . hari kedua , hari Selasa pakai baju kaler merah sama ngan Cik Abang ! awwww ~ matching gitew ...

sebelum bagi duit tu kat aku , kira duit tu baek-baek .. jangan sampai terkurang pulak ! hahaha
tauke besar tengah kira duit . khusyuk sampai tak perasan orang lain ambek gambar ..

Hari ketiga ...
cuti , then tak bukak kantin sebab takda orang yang nak beli .. cuti Pertabalan Agung ..


abaikan bilik yang bersepah seperti tongkang pecah . aku pun tak tau sapa yang snap aku .
ni gambar aku yang kelaparan tengah bersiap nak keluar makan dengan skandal-skandal sekalian ..
ahahaha ..
aku kemain awal bersiap , dorang selamba je muka . macam tak tau yang aku tengah lapar tahap cipan . pagi tu kitorang bangun lambat sebab target bangun terus bersiap nak pergi makan tengahari kat luar ..
tapi , mata aku pulak yang mengada tak mau tido . thats why aku yang paling awal siap .


aku tak peduli . walaupun muka nampak berminyak ! hahaha
haa ! tengok muka tauke besar kitorang . dialah yang ajak kitorang makan kat luar ...

Kitorang makan kat Sri Dalat ..  kononnya kat situ ada Nasi Ayam Penyet . Nasi ayam ke ?? konfius =_= hahaha 
kenapa aku rasa aku tersangatlah ayu kat situ . adeh-adeh ...


dua orang gadis rock yang tak berapa nak rock . muka pun layan je . ahahaha
kononnya pakai gelang hitam tu rock . ye ke ?? hek eleh !

kitorang order NASI AYAM PENYET , AIR LAICI & ABC ! 
setiap sorang ada ~ pelahap ..  tak mau kalah ..

 

ni lah yang dikatakan NASI AYAM PENYET ! tapi , memang tak rasa nasi ayam . then , my kazen cakap sambal yang ada dalam magkuk biru tu sedap . tapi , aku rasa memang tak sedap ! tapi aku makan habis . ahahahah
aku tak tau la pulak berapa harga satu pinggan nasi ayam , air laici dan ABC ..
lupa nak tanya ngan tauke besar ..

aku rasa blog aku dah mula buat hal ..
dah tak dapat nak upload gambar .. so , entri ni akan bersambung di Takda kerja , cari kerja #Part 4 ..
tengs 4 reading :)
 
 


 
 

 
 


Takda kerja , cari kerja #Part 2

Assalammualaikum ..
Bismillahhirrahmannirrahim :)

ni entri kedua aku pasal aktiviti aku time balek kampung hari tu . terlalu banyak aktiviti yang aku buat . dan aku terlalu seronok sehingga aku tak tau bercakap . hahahahha .. tu pasal la aku tulis kat dalam blog .. oke , kazen aku ajak aku kerja sementara kat kantin . so , aku nak ah . konpem ah aku nak ! memang tak ah nak duduk rumah je . berlubanh bontot ni kalau aku duduk kat rumah tak buat apa-apa . MEMANG SERONOK ! banyak benda aku belajar . aku kan adventureous .. puji diri sendiri lagi . adehaiiii ~ aku start keja hari Isnin . tapi , aku pergi awal sehari sebelum kerja . advance siket baru seronok . hahaha . aku pergi Dalat hari Ahad naek kereta dengan kazen . tu pun nak cakap ke ?? disebabkan nama sekolah tu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAT  sebab tu aku terpaksa pergi Dalat . dah tempatnya kat Dalat . aku kerja kat kantin SMKD .

sebelum aku pergi Dalat , pagi Ahad tu kitorang tido rumah atok . pagi Ahad tu jugak aku jalan-jalan cari gerai yang ada jual kueh ditemani keluarga dengan muka baru bangun tido ! after pergi beli kueh kitorang pun tak tau kemana kazen nak bawak kitorang . kazen bawak kitorang main air kat PANTAI ! ahahah . seronoknyaaaa ~


gambar di ats tidak menunjukkan yang aku tengah frust . sama sekali tidak ! 
gambar di atas menunjukkan yang aku tengah hepi dengan apa yang aku ada sekarang .


yeeaah ! tengok tu aku tengah seronok .heee ~ aku saja je tak mau upload gambar yang aku dah edit . aku nak tunjukkan kat korang dari mana cahaya matahari . aku jugak nak tunjuk kat korang yamg aku ada jurutangkap gambar sendiri. hahaha
satu lagi benda penting yang aku nak tunjuk ialah muka aku yang berminyak bangun dari tidodan seluar tidur aku yang comel seperti tak cukup kain .. 


nampak tak ada 3 orang dara pingitan kat situ ? sori , gambar tak terlalu jelas disebabkan objek terlalu jauh . ahahaha !
tiga orang dara yang tak mau kena matahari pagi . wei ! vitamin tuh ! baek untuk kulit , jangan tiru aksi di atas yang cuba mengelakkan diri dari terkena cahaya matahari pagi :)


oke , aksi diatas boleh ditiru . bila kita bercakap kita mesti tunjuk dengan tangan . ahahaha
wei ! korang pakai baju tido ke ? gegurl sangat laaa .. jelez akuuu ..
yang depan tu ialah kazen aku yang phototangkap gambar ..
yang belakang tu kakak aku .

wei ! cukup laa membebel pasal tu ..
ni adalah gambar sebelum aku pergi Dalat dan aku belum bersiap nak pergi . mandi pun belum .

Dalat mode is on ! next update kisah aku sebagai pekerja di kantin !
tengs for reading :)