Thursday 8 November 2012

AZAM HARI TUA! DOAKAN JUGA :)

Assalammualaikum...
wachhhaaaa! pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 11...
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ... alhamdulillah Ya Allah ...
bulan 11 bermaksud umur wani dah mula menggenap 19 tahun .. masih muda sanggggatttttt! hihihiihi

bila berpeluang nak update blog ni , tambah-tambah memang dah lama sangat wani tak update so , sekarang wani nak bagitau siket azam wani bila dah semakin meningkat usia nih ...
eh , nak citer siket , sekarang wani still kerja .. tak tahu samada wani akan continue study this year atau tahun akan datang.. doakan wani diberikan rezeki yang murah .. aminnn :)
even sekarang ni wani memang tak dapat nak kumpul duit sangat , tapi wani harap wani dimurahkan rezeki ...
wani harap sangat wani dapat continue study ..

tapi, kehidupaan wani sekarang banyak mengajar wani erti kesabaran , erti kebebasan , erti berdikari dan banyak lagi .. Alhamdulillah :)
even kais pagi makan pagi kais petag makan petang , at least wani tak menyusahkan orang lain , tak membebankan orang lain ...
wani jugak bersyukur sebab wani disenangi orang lain ... walaupun tak semua yang dapat terima siapa wani , apa perubahan wani tapi biarlah wani simpan baek-baek dalam hati , biar wani sorang yang pendam perasaan ...
okeyh ! masuk line .. jangan melalut dahhhh ..

AZAM HARI TUA WANI!
1 : wani nak wani sering mendekatkan diri dengan Allah.
2:semakin berfikiran terbuka dalam semua hal.
3: rela disakiti walaupun hati sentiasa disakiti.
4:rapat dengan semua orang.
5:manfaatkan setiap detik.
6:serius dalam semua hal yang WAJIB diambil serius.
7:tak mau sia-siakan apa yang ada di depan mata.(maksudnya tak memandang rendah apa-apa yang didepan mata)
8:fokus pada kerja!(even kerja tak berapa nak stabil dari segi kewangan)
9:tak perlu ambil tahu hal orang lain.
10:sentiasa bersabar dalam semua hal.
11:sentiasa jaga aurat dan penampilan.
12:bersabar even orang pandang rendah dengan apa yang wani buat sekarang.
13:YANG PENTING ! kumpul duit untuk masa depan sendiri.
14:setia pada pakwe . biar dia yang undur dulu asal bukan wani yang berundur.

okeyh! InsyaAllah , ni yang wani harapkan di hari tua wani . harap wani menjadi seorang anak yang baik , dan hamba yang taat kepada Allah .. aminnn ...

Wednesday 6 June 2012

aku cari duit , aku isi perut sendiri ^__^

Assalammualaikum semua ..
lama dah tak hapdet .. almaklumlah sekarang I dah terlalu biji dengan rutin harian ... hahahha
sejak bila i pakai i u , i u nie ??

okey , sekarang aku kerja untuk isi perut aku sendiri sementara nak apply sambung study .. yahooo! semuanya Allah yang menentukan .. harap apa yang dikurniakan hari ini tak berciciran .. amiiiiin ...
aku duduk hostel with my sis n my cuzzie also with my friend actually ...
sebenarnya memang takda idea nak tulis apa dalam blog nieee ..

minggu nie dah masuk 3 minggu bekerja .. Alhamdulillah , seronok ..
cabaran di tempat kerja tu memang ada ..
tapi , kalau boleh tahan , InsyaAllah saya tahan ...
awal pagi dah aku ajak kawan aku pergi on9 kat cc tak jauh dari hostel .. jalan kaki 2 , 3 langkah memang sampai ... seriously , tak jauh ... (macam la orang tak percaya) HAHAHA

pukul 12 tengahari aku dah masuk kerja ...
so , menghadap pelbagai kerenah customer ..
mudahan dipermudahkan ...
 hari ni kerja sampai malam .. ohmaigod ? bila lagi i tak perlu kerja malam ??
pooonat hambooo ~
tapi , sabar .. duittttt ...

memang pengalaman bekerja sekarang sangat-sangat berbeza dari apa yang saya bayangkan ..
lain yang dimintak , lain yang dapat ..

k laaa , aku cakap aku takda idea ..
kepada blogger area tempat aku nie kalau jumpa aku tegur ..
okey , baeklah ..
roger and out !

Wednesday 9 May 2012

keja gilaaa :) sapa suruh ??

Assalammualaikum guys !

selamat hari IBU kepada ibu-ibu seluruh dunia .. wani sayang korang semua ! muahmuahmuah !
weyh , petang ni kitorang sanggup jalan dari kantin sana sampai pasar gara-gara nak pegi CC , online ..
siap peluh-peluh jalan dari ..
time jalan tadi , aku rasa macam punggung tinggal kat belakang .. mana taknya semakin hari aku semakin gemuk .. sengal ..
tambah-tambah sekarang dah kerja menghadap makanan .. konfem ah aku makan sentesa ..

oke , sekarang aku kat cc update blog ..
rindu tahap apa entahh ..
seriously aku rindu nak update blog .. tetapi malangnya aku tak dapat nak upload mana-mana gambar ..
mana taknya , online kat cc mana boleh cucuk mana-mana USB ..
sengal sangat-sangat kan ??

now , wani bekerja kat kantin ngan kazen-kazen aku yang memang gilaaa ..
hari ni dah masuk 3 hariii .. macam baru lagi kan ?
wani memang seronok kerja kat sini sebab tiap hari wani boleh lupakan segala masalah ..
tiap hari bergelak ketawa .. tiap ahri beronok-ronok .. hahahaha

aku update blog just nak bagitau yang aku sekarang ni dah tak babysitter ..
yeah ! aku sekarang merdeka .. berdiri di atas kaki sendiri ...
 buat keputusan dah tak tersekat-sekat .. tak perlu nak jalan sana sini semua orang lain yang kena hantar ...
dan aku pun dah hentikan pengambilan ubat kat farmasi .. sebab aku malas ... ubat lama tak termakan nak ambek ubat yang baruuu .. memang tak aaahhh ...
 k , aku nak out ..
nak kentut japp .. hahaha

bye ..
thanks reading :)


Wednesday 18 April 2012

Takda kerja , cari kerja #Part 4

Assalammualaikum ..
selamat pagi bumi :)

pagi ni mengada pulak kepala otak ni .. bersemangat giler nak on laptop terus nak update blog .. sambil ditemani TV3 ( Malaysia Hari Ini ) aku taip blog sorang-sorang .. takkan ajak orang lain kot .. ni blog aku laa beb , tak mau aah suruh orang lain taip ..
sorang-sorang kat rumah , aku rasa aku blur tahap cimpanzi ! tak tau nak buat apa ...
pagi-pagi dah aku off hp gara-gara aku tak mau orang lain ganggu aku yang tengah concentrate nak taip blog kesayangan ...
weyh ! tengah aku khusyuk taip blog ni , tibe-tibe muncul muka Fizo Omar kat kaca TV ( MHI ) . terbantut dah idea nak taip blog , cair tengok Fizo ...

keyh , hari tu entry ni tergantung takat gambar nasi tu kan ? hari tu tiba-tiba internet buat hal , blog pun buat hal so terpaksa publish je entri sebab malas nak buat sebagai draft ...

ni adalah sambungan cerita pada hari ketiga berada di Dalat .....
off duty :)


perut pun dah kenyang , hati pun dah senang ... ahihihi
pinggan pun dah nampak licin tapi taklah terlalu licin ... penuh satu meja kitorang order makanan padahal 4 orang je ..
ahahahha ! pe hal ah kazen tak gambar terus je laki kat belakang tu ?? nampak macho ! nampak je , dalam hati tak tau ...


peace ! aku nak tunjuk muka kiut aku sebelum aku pergi jalan-jalan cari makan :)
hiraukan objek di belakang sebab semua ni gara-gara kazen yang suka sepahkan baju ! hahahha ..
yang kaler pink tu sebenarnya belakang kazen aku .. jurukamera tak boleh detect tu pasal dia snap belakang kazen aku jugak !

sebenarnya terlalu banyak gambar .. puas dah belek-belek , tengok-tengok ...
gambar yang aku tunjuk tak bermaksud aku just nak promote diri aku ..
sebenarnya banyak lagi gambar kazen aku yang lain ..
kalau la upload gambar tak terlalu mengambil masa yang banyak memang aku dah upload semua ...
oke , continue with story mory ..

Hari ke 4 ......
aku lupa nak snap gambar dari awal pagii ..
aku just ingat nak snap after break !


this is my kazen .. weyh , aku speaking London ..
aku baru ingat nak snap bila aku tengok banyak duit dalam besen merah tu .. mana tau , kazen aku sudi bagi kat aku :)
walaupun nampak banyak tapi tu semua adalah duit singget ! ni dah jadi rutin kitorang kira duit after student masuk kelas ..


weeeeee ~ aku senyum melebar .. kazen aku punyalah seronok hitung duit aku siap menggedik pulak ..
kalau tak silap hari tu kitorang dapat around SERIBU .. bold siket .. ahahha

disebabkan ni adalah hari terakhir aku join dorang so kitorang decide nak snap gambar yang nampak pelik dan skema .. jom tengok !











kalau aku tengok gambar ni memang aku nak gelak sorang-sorang .. makin lama aku simpan makin lama aku gila sorang-sorang .. ahhaha
muka dorang punyalah selamba macam takda papa berlaku ..
aku yang tahan sakit perut tengok dorang ..

Last day memang sedih sebab 4 hari tu memang cukup bermakna ..
even penat tapi muka tetap happy ..
macam otak ni ringan je ...padahal kalau nak diikutkan kepala otak ni serabut dah macam akar pokok ...
pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi aku ..
sebelum balik aku sempat siapkan sekeping surat kat dorang ..
Allah je tau sebenarnya berat hati nak tinggalkan dorang .. walaupun dorang adalah kazen aku sendiri tapi kitorang jarang jumpa .. masing-masing ada hal masing ..


oke , cukup sampai di sini pengembaraan bersama Upin & Ipin .. ooops! terpesong dari landasan keretapi ...
next entry ..
Takda kerja , cari kerja #Part 5..
tengs for reading ..







Monday 16 April 2012

Takda kerja , cari kerja #Part 3

Assalammualaikum .
Bismillahhirrahmannirrahim :)

seperti yang dijanjikan ! next entri pasal aku . kisah aku sebagai pekerja kantin . lalallaa ~ seronoknya .


ni adalah hari pertama aku jejakkan kaki kat kantin SMKD . tauke besar tengah masak sambal nasi lemak .
gambar  di atas ialah kazen aku . TAUKE BESAR BEB !  ahahaha .
oke , kalau korang nak terjah FB dia boleh gak . just klik ! Dianz Dianie Jaafar 
dia yang control semua hal dalam kantin ni termasuk duit dan pembelian barang modal . hebat tak ??


this is my cuosin also . korng pun dapat klik FB dia kalau korang nak ! Akylh Tahir 
baru sampai terus masak . walaupun just masak telur dadar . ahahahha


ni jugak kazen aku . nak terjah FB dia korang boleh klik ! Misszz Winduu 
laki tu pulak kazen aku merangkap pakwe dia . wei ! macam tu ke duduk depan pakwe ? siap angkat kaki makan ? 
u see , laki tu makan pakai garpu dan sudu . elleh , konpem ah dia rasa macam makan kat restoran . kitorang semua makan pakai jari . dia pulak mengada makan pakai sudu . ahahha


Hari pertama sebagai pekerja kantin .....


it's me ! bangun seawal 4 pagi sebab nak siapkan banyak benda . aku bangun je 4 pagi tapi aku still duduk dalam bilik tunggu turn nak mandi . yang lain dah sibuk aku jugak yang belum siap . ahahahha
gambar di atas adalah gambar yang menunjukkan aku tengah packing nasi lemak . RM1 sebungkus , sapa nak beli ??
maybe around seratus bungkus yang mesti dibungkus dalam satu pagi .

seriusly , memang jarang nak bangun seawal 4 pagi kalau tak da hal apa-apa . itu yang menyebabkan ianya adalah pengalaman yang sangat menarik . even penat tapi seronok .
tangan tu memang tak henti sangat sebab banyak kerja yang kena buat . melayan pelanggan dan macam-macam lagi . wani memang jarang sangat nak handle duduk depan take order sebab aku SPU siket . ahahaha .. so , aku siket-siket tolong hantar order .


senyum ~ pagi-pagi dah senyum lebar . oh , hati berbunga-bunga . seperti ingin keadaan ini kekal untuk selamanya :)
beg hitam tu duit ! aku nak beg hitam tu . hahaha
aku bergambar siap pakai appron menggambarkan aku seorang pekrja yang skema tapi sweet . 
nampak tak tepi besen tu ? dalam besen ada mee yang menunggu untuk dimasukkan ke dalam plastik .
kang aku makan kau nanti mee baru kau tau .


ni bila dah tengahari mata pun mengantok . tu pasal eren tutup mata . tu pasal muka kilah berlagak semacam . MENYAMPAH !
keadaan dah semakin tenang dah takda sapa yang nak ambek order :)
hoorey ! berjaya melepasi azab pada hari pertama . 
budak-budak kelaparan seperti keluar dari kandang .

Hari kedua .....

seperti biasa , pagi-pagi isi nasi lemak masuk dalam plastik . hari kedua , hari Selasa pakai baju kaler merah sama ngan Cik Abang ! awwww ~ matching gitew ...

sebelum bagi duit tu kat aku , kira duit tu baek-baek .. jangan sampai terkurang pulak ! hahaha
tauke besar tengah kira duit . khusyuk sampai tak perasan orang lain ambek gambar ..

Hari ketiga ...
cuti , then tak bukak kantin sebab takda orang yang nak beli .. cuti Pertabalan Agung ..


abaikan bilik yang bersepah seperti tongkang pecah . aku pun tak tau sapa yang snap aku .
ni gambar aku yang kelaparan tengah bersiap nak keluar makan dengan skandal-skandal sekalian ..
ahahaha ..
aku kemain awal bersiap , dorang selamba je muka . macam tak tau yang aku tengah lapar tahap cipan . pagi tu kitorang bangun lambat sebab target bangun terus bersiap nak pergi makan tengahari kat luar ..
tapi , mata aku pulak yang mengada tak mau tido . thats why aku yang paling awal siap .


aku tak peduli . walaupun muka nampak berminyak ! hahaha
haa ! tengok muka tauke besar kitorang . dialah yang ajak kitorang makan kat luar ...

Kitorang makan kat Sri Dalat ..  kononnya kat situ ada Nasi Ayam Penyet . Nasi ayam ke ?? konfius =_= hahaha 
kenapa aku rasa aku tersangatlah ayu kat situ . adeh-adeh ...


dua orang gadis rock yang tak berapa nak rock . muka pun layan je . ahahaha
kononnya pakai gelang hitam tu rock . ye ke ?? hek eleh !

kitorang order NASI AYAM PENYET , AIR LAICI & ABC ! 
setiap sorang ada ~ pelahap ..  tak mau kalah ..

 

ni lah yang dikatakan NASI AYAM PENYET ! tapi , memang tak rasa nasi ayam . then , my kazen cakap sambal yang ada dalam magkuk biru tu sedap . tapi , aku rasa memang tak sedap ! tapi aku makan habis . ahahahah
aku tak tau la pulak berapa harga satu pinggan nasi ayam , air laici dan ABC ..
lupa nak tanya ngan tauke besar ..

aku rasa blog aku dah mula buat hal ..
dah tak dapat nak upload gambar .. so , entri ni akan bersambung di Takda kerja , cari kerja #Part 4 ..
tengs 4 reading :)
 
 


 
 

 
 


Takda kerja , cari kerja #Part 2

Assalammualaikum ..
Bismillahhirrahmannirrahim :)

ni entri kedua aku pasal aktiviti aku time balek kampung hari tu . terlalu banyak aktiviti yang aku buat . dan aku terlalu seronok sehingga aku tak tau bercakap . hahahahha .. tu pasal la aku tulis kat dalam blog .. oke , kazen aku ajak aku kerja sementara kat kantin . so , aku nak ah . konpem ah aku nak ! memang tak ah nak duduk rumah je . berlubanh bontot ni kalau aku duduk kat rumah tak buat apa-apa . MEMANG SERONOK ! banyak benda aku belajar . aku kan adventureous .. puji diri sendiri lagi . adehaiiii ~ aku start keja hari Isnin . tapi , aku pergi awal sehari sebelum kerja . advance siket baru seronok . hahaha . aku pergi Dalat hari Ahad naek kereta dengan kazen . tu pun nak cakap ke ?? disebabkan nama sekolah tu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAT  sebab tu aku terpaksa pergi Dalat . dah tempatnya kat Dalat . aku kerja kat kantin SMKD .

sebelum aku pergi Dalat , pagi Ahad tu kitorang tido rumah atok . pagi Ahad tu jugak aku jalan-jalan cari gerai yang ada jual kueh ditemani keluarga dengan muka baru bangun tido ! after pergi beli kueh kitorang pun tak tau kemana kazen nak bawak kitorang . kazen bawak kitorang main air kat PANTAI ! ahahah . seronoknyaaaa ~


gambar di ats tidak menunjukkan yang aku tengah frust . sama sekali tidak ! 
gambar di atas menunjukkan yang aku tengah hepi dengan apa yang aku ada sekarang .


yeeaah ! tengok tu aku tengah seronok .heee ~ aku saja je tak mau upload gambar yang aku dah edit . aku nak tunjukkan kat korang dari mana cahaya matahari . aku jugak nak tunjuk kat korang yamg aku ada jurutangkap gambar sendiri. hahaha
satu lagi benda penting yang aku nak tunjuk ialah muka aku yang berminyak bangun dari tidodan seluar tidur aku yang comel seperti tak cukup kain .. 


nampak tak ada 3 orang dara pingitan kat situ ? sori , gambar tak terlalu jelas disebabkan objek terlalu jauh . ahahaha !
tiga orang dara yang tak mau kena matahari pagi . wei ! vitamin tuh ! baek untuk kulit , jangan tiru aksi di atas yang cuba mengelakkan diri dari terkena cahaya matahari pagi :)


oke , aksi diatas boleh ditiru . bila kita bercakap kita mesti tunjuk dengan tangan . ahahaha
wei ! korang pakai baju tido ke ? gegurl sangat laaa .. jelez akuuu ..
yang depan tu ialah kazen aku yang phototangkap gambar ..
yang belakang tu kakak aku .

wei ! cukup laa membebel pasal tu ..
ni adalah gambar sebelum aku pergi Dalat dan aku belum bersiap nak pergi . mandi pun belum .

Dalat mode is on ! next update kisah aku sebagai pekerja di kantin !
tengs for reading :)








Takda kerja , cari kerja #Part 1

Assalammualaikum .
Bismillahhirrahmannirrahim :)

I'm back ! setelah bercuti selama seminggu dari segala kesibukan bandar dan hiruk-piruk kota . Aku balek kampung beb .. melambak cerita yang aku nak kongsi sebab cuti aku kali ni TERsangatlah bermakna bagi aku .
setiap masa diisi dengan pelbagai aktiviti gila-gila bersama kawan dan keluarga . memang tak ah aku nak duduk kat rumah , memang tak ah aku nak ikat kaki . konfem aku takkan duduk rumah kalau aku berpeluang balek kampung . rugi ah kalau balek kampung tapi tak gembira bersama kawan-kawan . rugi ah kalau tak jual muka seposen ni kat orang lain . hahaha

oke , hari tu aku balek kampung sorang-sorang naek bas yang tersangatlah sempit . dahla bontot aku besar tempat duduk kecik pulak tu . adehaiiii .. aku balek pukul 10 pagi . dengan mata yang mengantok ... aku samapi kat Mukah kira-kira pukul 12 lebih ..

gambar di atas bukanlah bertujuan aku nak boikot sapesape . tapi aku just nak tunjuk yang aku balek naek bas dengan tambang RM20.00 . mengambil masa selama 3 jam lebih nak sampai Mukah . dalam bas aku berangan sorang-sorang sebab aku balek sorang . takkan nak berangan dua orang pulak ..
aku duduk seat number 7 . pergh ! ada sorang mamat yang seat number 8 tapi aku surh dia duduk tempat lain . hampir je mamat tu nak bergolong-golong sebab aku tak mau dia duduk tepi aku . sempit beb ! tak dapat ah aku tidyr kalau dia duduk tepi aku . konpem ah tak dapat ! so , dengan perasaan malu yang menebal , jejaka pujaan sarawak tu pun duduk seat lain . hahahaha . aku memang jahat ! sori laa :)

oke , sesampainya di MUKAH ..
selama 3 jam tu aku tahan perut yang lapar . mana taknya seampai je kat terminal Sibu aku tak sempat nak beli apa-apa . nak buang air kecil pun tak sempat ! huh . sebab masa tu terlalu banyak orang yang nak balek kampung so sangat susah nak cari tempat parking . disebabkan aku seorang yang adventure aku beli tiket 5 minit sebelum bas berlepas .. so , tak sempat apa-apa . sempat kentut je .
sampai je kat Mukah , aku terus cari kedai makan . aku tapau dua menu . aku memang pelahap !


ni menu pertama aku . MEE GORENG BASAH ! sedaap sangat . aku tapau kat kedai 1 Malaysia . 
disebabkan aku segan nak makan dua menu dalam satu masa , so aku tapau makanan . aku makan kat hostel kakak aku . so , takda orang lain yana nampak . hahahaha
mee ni berharga RM4.00 . berbaloi aah , dahla murah sedap pulak tu !


ni menu kedua , NASI GORENG SEAFOOD ! pergh , seafood-seafood ni aku memang suka tahap menggila . ditambah sedikit sambal . harganya RM4.00 . murah giler ! makanan kat Mukah memang murah-murah je , that why aku suka Mukah .

siap melahap aku tunggu orang ambek dari hostel kakak . hostel kakak betul-betul berada di tengah-tengah bandar Mukah . dan aku suka sebab tak jauh dari terminal bas . taklah aku penat sangat nak bawak beg aku yang besar-besar tu .. hihihihi .. tunggu punya tunggu , driver aku sampai pukul 4 petang . weyh ! dari pukul 1 aku tunggu pukul 4 baru sampai . aku apa lagi , konpem ah aku tido , aku takkan buang masa yang ada begitu saja . hhahaha . 


tu lah muka orang bangun tido . sebelum balek rumah aku sempat snap lagi muak aku yang tak bermaya ban berminyak saat-saat bangun tido . huahuahuahua ..
 
 sampai je my driver aku tengok kereta dah full . dorang ni nak ambek aku ke , atau saje nak letak aku dalam bonet kereta ?? konfius =_= 
kereta proton saga muat 5 orang tapi aku tengok dorang dah cukup-cukup 5 orang . nasib baek badan aku ni taklah besar sangat . ahahahha . perasan ! bila aku masuk je , wei ! muat laa even duduk depan belakang , depan belakang . nak muatkan supaya tak terlalu berhimpit . bila bukak je pintu nasib baek tak jatuh gedebuk terus ! so , aku sampai kat rumah setelah pusing-pusing kat Mukah . pukul 7 malam macam baru aku samapi kat rumah . dari 10 pagi , pukul 7 baru sampai kat rumah ..


tu laa , muka aku yang tersangatlah penat . tapi , aku senyum jugak ! 
gambar di atas ialah gambar hiasan semata . ahaha . tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati :)


 k .. ni entri pertama ! entri pasal ketibaan aku kat Mukah yang disambut meriah . ahahahha !



 

Monday 2 April 2012

saje je nak membusy kan diri :)

Assalammualaikum :)
pagi-pagi dah bukak pesbuk then menjelajah ke sana kemari seperti lipas kudung .. aaah . menyampah betul .. macam tak da tujuan hidup dah aku pagi ni .. oke ! pagi-pagi dah aku mandi sebab aku memang plan nak bukak pesbuk sebab nak balas apa saja yang ada dalam ni ..  ahahaha ! seriusly , pagi ni aku memang rasa macam dah takda tujuan hidup . aku sendiri pun tak tau kenapa . macam orang yang tunggu nak kena pinang pun ada gakk ..
idea takda nak tulis entri tapi tetap jugak nak taip . jari jemari ni gatal betul nak menaip .

kejap , nak muhasabah diri dulu .. taip entri dengan hati yang ikhlas ! ahahaha .. bukan untuk mendapat perhatian ramai . oh  bajet mengada . macam la orang baca sangat blog aku ni ..menyampah .
aku nak taip entri ni selaju yang boleh . tapi , aku takda benda nak citer . so , aku buat cerita bodoh-bodoh siket bole ? ooh ! konfem korang menyampah baca ni nanti . ahahaha
 sebenarnya , aku nak bagitau korang yang pagi tadi aku makan nasi lemak hasil tangan my auntie .
sedap sangat ~ dulu aku tak tau makan nasi lemak . mimpi apa entah , aku pun tak tau tiba-tiba aku tau makan nasi lemak . dulu , aku rasa nasi lemak tersangat berbau . memang busuk sangat bau nasi lemak tu .

sekarang ni , aku jarang snap gambar ke mana kau pergi sebab aku peras . ahaha ..
sebab aku sorang-sorang tak ditemani sapa-sapa jadi takdalah orang yang akan snap aku . kecuali kalau aku outing bersama kazen mazen aku . tu pun kalau aku ingat nak snap itu ini .
sejak kebelakangan ni , kulit muka aku pun nampak sangat berbeza dari sebelum ni . nak kata aku salah pakai produk tak jugak . sebab aku tak ber make-up . maybe salah makan apa-apa yang tak sesuai untuk kulit wajah aku . ataupun aku kena terima kenyataan yang aku semakin hari semakin berumur . ahahaha
aku rasa dari dulu dah aku pakai Fair & Lovely , Fair & Lovely . * iklan . tapi , kadang-kadang ada jugak aku pakai olay .. jerawat tumbuh sana dan sini , then bila jerawat dah oke tinggal pulak parut yang tak cantek tu . aaah ! memang tensen sangat sekarang ni bila tengok muka macam ni . kembalikan kulit wajah aku yang dulu .. aku tak mau kulit wajah aku yang sekarang ni ..
tapi , alam keadaan tak dapat menerima , aku tetap terima apa adanya ..
kalau macam ni aku kenalah pergi New York skin solutions yang macam dalam tb tu . ahahaha
bila balek kampung jumpa kawan-kawan mesti kawan-kawan cakap yang muka dah macam kena gigit nyamuk . kesan parut sana sini . berbeza dengan zaman sekolah menengah dulu . adoiyai !
dulu , kulit wajah clean walaupun kulit hitam manis berbanding kawan-kawan aku yang putih melepak bagaikan .. aku je kurang jerawat kat muka .. tapi , sekarang dua kali lima = sepuluh ye tak ??
tapi , even muka taklah cantik sangat kalau ada nur kat muka , InsyaAllah memang berseri-seri .
weh ! cukup la membebel pasal kulit muka ni ..

15 minit berlalu ,

okeyh ! aku sambung balek entri .. tadi aku pegi ambek kazen kat Tadika .. dengan muka penat aku jalan je macam biase . matahari tak lah nampak sangat tapi aku rasa sekarang ni aku berada dalam oven . adoi ! den ponat . berpeluh-peluh ni wei .. dah la sebelum pegi ambek tadi payung yang besar yang selalu aku pakai tiap hari macam mana pandai tak boleh bukak ? kecewa =_= . terpaksa pakai payung kecik yang tak boleh tutup semua badan  . eeergh ! geram !

oke , aku nak out . terasa nak mandi kolam bial badan panas macam ni . hati pun panas gara-gara payung tu tadi .. +_+

bye .
makseh baca :)
seperti biasa aku ambek kazen jalan kaki , sebab Tadika tak lah jauh sangat .

kamek sayang kitak :)

Assalammualaikum :)
second entri wani hari nii ..
oke , after dapat greenlight from my boyfie nak update pasal dya wani decided nak update blog lagii ..
sebenarnya , disebabkan kepala otak membeku disebabkan cuaca yang tak menentu macam ni aku agak kehilangan atau ketandusan idea .. tambah-tambah terik panas macam ni ...
dari tadi dah sebenarnya wani on wani punya fb dan blog nih .. tapi , kejap-kejap wani tinggalkan ..

tapi , wani bertekad nak update jugak sebab jarang ada masa nak update sampai dua entri sehari ..
keyh ! kamek sayang kitak ( saya sayang awak ) .. agak-agaknya awak sayang saya tak ??
seriously , saya memang sayang awak !
belum pernah sebelum ni saya serius tahap apa entahh dalam berkapel ni ..
oke , demi masa depan wani kena jugak serius dalam beberapa hal yang mengaitkan hati dan perasaan ..
sebenarnya , azam tahun 2012 wani , wani memang tak nak kapel ..
sebab wani betul-betul serik dan sakit hati dengan apa yang menimpa wani ..
sebab wani yakin Allah sentiasa mencari yang terbaik untuk kita selagi kita berusaha , berdoa dan tawakal kepadaNya .. cehhh ! bunyi macam serius sangat dah aku nih !
tapi , wani langgar azam wani sendiri .. sebab wani faham dengan ketentuan Allah ..
bukan apa , kalau Allah dah tulis macam tu , memang macam tu jugak yang akan jadi ..
so , wani dah isthikharah dan selalu berdoa dan dapatkan nasihat orang yang terdekat ..
memang mamat ni jugak yang Allah tunjukkan ..
kawan wani pernah cakap , kalau kita nak minta petunjuk Allah kita kena yakin ..
tapi , wani tak tau wani yakin ke tak ?? huwmmm ~ kalau pakwe aku baca ni konfem muncung sampai dinding .. hihihihi

04/02/2012

oke , tarikh keramat ni wani akan ingat sampai bila-bila selagi hubungan ni masih tersemat di hati .. chewah ~ jiwang karat !
oke , tak lama lagi 04/04 .. so , dah nak masuk 2 bulan hubungan ni .. harap ianya kekal lama .. aminnn ~
baru-baru ni wani ada solat sunat isthikarah lagi .. tapi , mungkin masa tu hati wani memang gundah gelana ..
banyak benda yang wani fikir .. maybe , masa tu tak terlalu khusyuk dan yakin dalam menunaikan solat ..
tapi , setiap kali wani sembahyang , wani memang takkan pernah lupa untuk berdoa agar kebahagiaan hubungan ni akan berkekalan lama ..
mohon hubungan ni cepat direstui dan diredhai Allah dan mak ayah ..
 seperti yang dya tau jugak wani memang akan sambung study .. demi masa depan wani jugak ..
so , wani betul-betul perlukan sokongan dia(boyfie) ..
dan mak cakap kalau nak sambung study mesti fikirkan study dulu ..
jangan fikir pakwe .. oh mai god ! macam mana dengan hati dan perasaan ni ??
tapi , mak faham wani kalau suka dengan seseorang tu wani akan betul-betul suka ..

 tapi , wani memang nak sangat-sangat hubungan ni mendapat restu mak ayah .
InsyaAllah , hubungan akan berkekalan lama kalau mendapat restu ..
dan , wani nak dia tau yang wani betul-betul sayangkan dia ..
wah ! ni merupakan pengakuan eksklusif di blog wani .. Ahahhaha

dan , hye my sayang ^__^ sayang awak laa !

dalam hubungan wani sekarang ni , wani memang bayak bersabar ..
harap kesabaran wani tak disia-siakan ..
usaha, doa , tawakal :)

memang jarang dapat mesej sebab dia memang jarang ahntar text kat saya ..
segan pulak rasanya kalau nak terhegeh-hegeh hantar banyak mesej kat dia bila dia tak reply .. ahihihi
and one thing yang wani kena ingat selalu ..
MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI ...
kalau hubungan tak kekal lama satu hai nanti , wani redha ..
dan wani bersyukur sebab sentiasa diberi peluang untuk merasa nikmat kasih sayang seorang lelaki ..
Alhamdulillah Ya Allah kenalkan saya dengan seorang insan yang sangat-sangat saya sekarang ni ...

doakan kebahagiaan saya dan dia <3
mudahan hubungan ni akan jadi halal satu hari nanti ..
bercinta bukan hanya untuk dunia , tapi untuk akhirat jugak ..
bercinta bukan dengan dia saja tapi mencuba bercinta dengan family dia jugak .. amiin :)

oke , tu je ..
makseh sudi baca :)


Sunday 1 April 2012

Blog itu Diari Kehidupan saya :)

Assalammualaikum :)
selamat berhari Isnin ...
Alhamdulillah sebab still dapat bernafas lagi hari ni kan ?
so , pagi ni nak ambek kesempatan yang ada dan masa yang tersangat lah terluang ni nak update blog ..
petang semalam , wani ada tengok rancangan Saffiya yang kat tv9 tu kan . konfem banyak blogger yang tengok rancangan tu ..
mana taknya , dalam rancangan tu ada segmen blogger .. temasuklah banyak minah-minah blogger yang femes kat Malaysia ni ..
rasa nak berblogger tu semakin membuak-buak sebab hanya saya dan blogger yang lain faham betapa seronoknya berblogging ..
then , uncle pun teringin nak buat blog ..
hari tu kawan wani pun cakap kat wani dia teringin nak buat blog ..
katanya , best tengok penulisan wani yang simple ..
tak sangka betul ada orang yang sudi baca blog wani yang tak seberapa ni kan ??
tapi , wani dah anggap blog ni sebagai diari kehidupan .. kalau dulu wani dapat update blog tiap hari tapi sekarang dah tak dapat sebab terdapat bermacam halangan yang wani hadapi time nak update blog ...
tapi , bersyukur sangat sebab wani tak jumpa pun keboringan tatkala menulis blog ..
memang segala ketegangan dalam kepala wani share kat sini ..
sebenarnya , menulis blog ni berbeza dengan kita meluahkan isi hati dengan orang lain face-to-face ..
walaupun kekadang bila kita update blog kita turut meluahkan segala isi hati ..
ianya sangat berbeza .. bila kita luahkan di blog ianya akan terpacul keluar semua isi hati kita ...
InsyaAllah , kalau dah ada kesempatan dan peluang nak update wani tetap akan update ...
kadangkala , wani rasakan kita menulis blog bukan untuk mendapat perhatian ramai ..
kita just nak kongsi cerita dengan orang lain ..
dan , wani harap sesiapa blogger yang sudi follow wani tu follow wani dengan seikhlas hati bukan sebab wani follow mereka ..
sebenarnya , wani lebih tertarik dengan blog yang banyak menceritakan kehidupan harian ..
rasa seronok bila dapat tahu aktiviti harian orang lain ..
at least , kita berkongsi apa yang kita alami dengan orang lain ..

wani terlibat dengan blogging ni kalau tak silap bulan 6 tahun lepas , 2011 ..
wani just nak cuba tulis blog bukan nak dapat perhatian orang tapi just nak share cerita dengan kengkawan , family atau sesiapa yang mengenali wani ...
tapi , Alhamdulillah ada orang lain yang langsung tak kenal wani sudi follow wani then komen dengan segala entry wani ...
walaupun wani tak terlalu aktif dalam penulisan blog , tapi wani bersyukur sebab blog wani dikenali sesetengah pihak ..
 maybe , dalam sebulan wani just tulis 2 entry tu pun kalau wani tak terlalu busy dan tak berpeluang nak tulis blog ...

InsyaAllah , hujung tahun ni wani akan menyambungkan pelajaran seperti yang wani bagitahu sebelum ni dalam entri wani yang dulu-dulu wani nak sambung study dengan duit wani sendiri ...
wani berada dalam keluarga yang sederhana ..
so , wani tengah usaha untuk kumpul duit then nak continue study InsyAllah hujung tahun ni ...
wani pun dah dapat greenlight dari mak ayah ...
restu itu perlu ..
my uncle and my auntie pun support wani ...

dan , this Friday wani akan balek kampung ..
so , memang wani akan ambek peluang betul-betul untuk berehat dan meluangkan masa dengan kawan-kawan yang memang dah lama wani tak jumpa ..
 wani akan berada kat kampung selama 6 hari agaknya ...
so , memang banyak benda yang wani dah plan yang wani nak buat during kat kampung ...
memang wani rindu sangat dengan mak ayah dan adik beradik yang lain ..
bila berada kat kampung wani takkan update blog ..
maybe , wani akn update blog bila wani dah kat sini balek ...

okelah..
tu je .. wani out dulu ...
makseh kerana sudi membaca :)


Saturday 24 March 2012

di sana ada sinar bahagia :)


Assalammualaikum :)
selamat petang semua ...
lama dah tak update blog sebab agak busy siket (alasan standard)
hari ni memang sangat-sangat free sebab hari ni hari cuti .. so , ada maksu kat rumah ..
sejak beberapa hari ni , wani memang memikirkan banyak hal . kalau difikirkan dengan logiknya hal-2 ni semua memang tak lah terlalu penting ..
tapi , memang agak menjejaskan kestabilan minda wani .
malah kesihatan wani jugak ..
beberapa hari ni , kalau tak makan ubat memang badan ni terasa lemah sangat ...
otak ni sangatsangat berserabut ..

tapi , segala masalah pasti ada jalan penyelesaian ..
dan Allah takkan menguji hambanya dengan ujian yang terlalu berat . Allah hanya menguji hambanya mengikut batas kemampuan kita ..
sebenarnya , wani bermain dengan perasaan sendiri ..
merenung masa depan .. 
mengenang nasib diri ..
wani tau wani tabah , tapi setabah mana hati ni ...
air mata tetap akan jatuh berguguran seperti takungan air yang pecah ..

tiada siapa yang dapat menjangka nasib kita pada masa yang akan datang ..
tiada siapa yang dapat menghakimi kita di dunia . dan kita langsung tak layak untuk menghakimi orang lain ..

di sebalik kegembiraan , tersimpan beribu kisah duka ...
Hanya Allah yang tahu ..
semua orang mendambakan kebahagiaan yang tidak berpenghujung sepertimana lautan yang tidak berpenghujung ...

wani selalu mencari kedamaian . selalu mencari kebahagiaan ..
di sebalik keriangan wani , kenakalan wani ada sifat matang . tak dinafikan , wani seorang yang gila-2 . suka mengusik , suka ketawa , suka senyum dan suka bergurau senda ..
dalam masa yang sama , wani juga dapat handle sesuatu perkara dengan serius ..
serius biar betul tempatnya dan nakal biar betul tempatnya ..

MAN JADDA WAJJADDA :)
seseorang yang berusaha pasti akan berjaya ..
pasti ada sinar bahagia di sana ..
kita sebagai hamba BERUSAHA , BERDOA & TAWAKAL yee ...

k , teng 4 reading :)

 

Wednesday 14 March 2012

aku konfem korang tak tau :))

Assalammualaikum w.b.t..
bismillahhirrahmannirrahim ...
rasa nak update , tapi malas sesangat nak menaip ... what the FISH !!!!
sejak bila saya malas nak update blog ?? saya dah malas sangat nak update semenjak dua menjak ni sebab dah tak tiap hari duduk depan laptop ..
yeah ! tetiba saya terfikir nak update blog pasal saya yang korang konfem tak tau ..
setelah membuat penyelidikan ke atas diri sendiri saya pun tau apa benda pelik yang saya suka buat yang korang konfem tk tauuu .. korang jugak konfem tak tau apa-2 tentang saya kalau saya tak cerita .. ahahahaha

1.saya suka dengar lagu . kalau boleh , setiap masa nak dengar lagu .. saya tak suka dengar lagu dengan volume yang rendah .. saya suka pasang lagu kuat-2 ..
2.kalau nak mandi , saya konfem bawak hp sekali . saya pasang lagu kuat-2 kat dalam bilik mandi sambil nyanyi sekali .. tak kesah laa jiran dengar saya nyanyi .. gempak satu bilik mandi ..
3.saya suka bergambar .. walaupun muka taklah cantik . tapi bersyukur gak .. hee ...
4.setiap kali saya pergi kemana-mana , saya mesti akan ambil gambar .. at least dapat jadi kenangan ...
5.saya suka gelak kuat-2 ..biar semua orang tau saya ada kat mana ..
6.saya suka ketawa berbanding sedih..walaupun saya sedih saya akan ketawa jugak macam orang setengah tiang ..
7.saya suka berpakaian berbeza daripada kakak-2 saya ..
8.saya tak mempunyai pendirian yang tetap .. kejap nak tu , kejap nak ni .. heeee ..
9.saya ada sorang abang , dua orang kakak dan sorang adek lakii ...
10.saya selalu jeles dengan adik saya sendiri sebab dia jantung hati mak saya . dulu , masa belum ada adik , saya adlah jantung hati mak ..
11.beza umur saya dan adik adlah 8 tahun ..
12.bila saya update blog , saya suka pakai full word .. saya jarang pakai singkatan ..biarlah orang kata saya skema ..
13.bila saya keluar jalan-jalan , saya takkan lupa bawak mascara sekali. walaupun yang lain tinggal saya pastikan mascara dibawak .
14.saya tak suka anjing.. saya fobia sangat kena gigit anjing waktu kecik dulu..
15.saya sayang sangat dengan family saya walaupun saya jarang dapat berkumpul dengan mereka ..
16.saya tak suka jiran kat kampung saya yang mulut pokpekpokpek jaga tepi kain orang ..
17.dulu , saya suka berlagak dengan kawan-kawan...tipu kawan-kawan pun selalu .. ahahahha
18.mulut saya ni macam tak boleh ditutup..asyik nak bercakap jeee ..
19.saya sayang kucing . tapi , sekarang ni saya tinggal dengan uncle dan auntie ..so , tak dapat la nak belai kucing sebab bukan rumah saya pun ..
20.saya suka simpan cekak rambut dan ikat rambut banyak-banyak . kalau saya taknak pakai saya bagi kat kakak dan mak saya .
21.saya terlalu sayang dengan barang saya sehingga menyebabkan saya menjadi seorang yang kedekut ..
22.saya tak suka dengan jiran kat depan area kuarters tempat tinggal kamii .. sebab dia selalu wewwit-2 dan lambai-2 saya ...maybe dia takda kerja lain ..
23.saya terlalu addicted dengan warna PINK ! gegurl sesangat kan ??
24.saya suka makan coklat dan buah kiwi !
25.say tak suka benci-2 orang , tapi kalau keadaan memaksa saya terpaksa jugak ..ahahaha
26.saya tak suka makan sayur, tapi disebabkan ingin nampak cantek dan sihat saya makan jugak .

heee .. cukup sampai di situ saja ..
nanti buat part 2 pulak .. nak buat penyelidikan lagiii ..
thanks for reading :)


u see .. depan kedai kain pun nak ambek gambar .. heeee ...

Friday 9 March 2012

Impian , Cita-cita dan Cinta :)





Assalammualaikum ...
selamat bercuti dan selamat berhujung minggu !
aku free , tetiba rasa nak update blog . hihiihi ..
dalam bulan ni , dan bulan lepas saya rasa saya update blog tak sampai 10 entry ..
memandang bebudak tengah syok tengok kartun , aku ambek kesempatan hapdet blog .
hari tu aku dah tulis tentang 3 perkara ni dalam buku Doraemon aku . waah ! gelar diri aku pulak hari ni .
buku Doraemon a.k.a bukau Perasaan ! ahahahha

IMPIAN 

semua orang ada impian termasuk aku . orang yang dalam kesusahan pun menyimpan impian . satu hari nanti , aku teringin nak jadi seorang yang KAYA ! ahahaha . dengan kekayaan yang ada , aku boleh laksanakan segala keinginan dalam hati ni . tak kaya , hidup senang pun jadilah . kalau aku senang , aku nak family aku jugak hidup senang . especially my parents . kalau aku banyak duit , aku teringin melancong ke seluruh dunia . sebelum aku melancone ke seluruh dunia , aku nak bawak mak ayah tunaikan haji dulu . masa kecik dan zaman remaja nih , aku jarang dapat jalan-jalan cuci mata tengok tempat orang , bukan jarang , memang langsung takda ! kalau aku berkemampuan jugak , aku teringin nak ada anak seperti anak angkat . aku teringin nak jadi seorang ibu . kalau satu hari nanti saya berpeluang dan berkemampuan nak ambil anak angkat , saya pasti akan ambek anak angkat . saya suka baby . cute sangatsangat . kalau boleh , saya nak jadi seorang sukarelawan kat rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua . sedih sangat bila tengok ada segelintir anak-anak yang sanggup buang ibubapa mereka ..kalau takda orang tua , takkan ada orang-orang muda . sebnarnya , saya sangat-sangat rindukan arwah atok . rasa kasihan tiba-tiba wujud masa tu sebab aku yang jaga atok masa atok sakit tenat . saya sedih tengok keperitang yang atok rasa masa akhir-akhir nyawa dia kat dunia ni . saya tak nak sia-siakan hidup saya dengan mengabaikan orang-orang tua . amiiin ..

CITA-CITA

semua orang punyai cita-cita . time kecik-kecik dulu aku teringin nak jadi seorang PENSYARAH . bila dah besar cita-cita pun bertukar . aku teringin nak jadi AKAUNTAN . jadi PEGAWAI BANK pun jadilah .. asalkan berkaitan dengan akaun @ duit . tak tau kenapa aku addicted sangat dengan pengurusan wang .. mata pun boleh rambang dibuatnya . ahihihihihi .. so , sekarang ni , disebabkan masalah kewangan , aku sendiri yan simpan duit nak sambung study . mudahan rezeki nak masuk U tu ada . berbeza dengan orang yang berduit , mereka tak perlu fikir panjang kalau nak sambung study .. macam aku ni lain , banyak benda kena settle dulu .. amiiin . mudahan , saya dapat mencapai cita-cita yang saya inginkan ..

CINTA

wah ! ni perkara yang sangat-sangat sensitif dalam family aku . memang ianya sangat-sangat sukar untuk diperkatakan . cinta memang memerlukan pengorbanan dari segi fizikal , mental dan kewangan . yeaah ! macam laa betul sangat . ahihihi .. tapi , yang aku tau , mak aku tak izinkan aku kahwin sebelum aku dapat kerja tetap yang boleh menjamin masa depan . takut nanti hidup terumbang-ambing bila bercerai atau menibggal ke .. kita mana tau kan ?? Allah punya kuasa . kita hanya mampu mernacang Allah yang menentukan .. tapi , aku dapat jodoh yang betul-betul dapat membimbing aku . bukan hanya untuk dunia semata tapi untuk akhirat jugak . aku juga nak lelaki yang dapat menerima aku apa adanya bukan untuk mengubah aku apa yang dia mahu .. itu yang dinamakan cinta . betol tak ??

oke laa ..
teng for reading .
impian ke berangan aku pun tak pasti ..

Tuesday 6 March 2012

Kamek sihat kitak cayak sik ??

Assalammualaikum.
selamat berhari Rabu semua ..
tengok je tajuk entri kali ni mesti ada sesetengah blogger yang tak faham kan ?
maksud entri tu adalah "Saya sihat awak percaya ke tak?"tu adalah bahasa Melayu Sarawak .
ye ,.. entri ni mesti ada kaitan dengan hospital , doktor dan kesihatan ...
hari Isnin (5/3) wani ada appointment dengan doktor pakar ..wani memang gemuruh sangat hari tu . nasib baik ada mak , kakak dan paksu yang temankan . kalau tak belum jumpa doktor lagi dah nak terkencing kat register zone .. ahihihihihi
jari jemari dan tangan memang dah seram sejuk . kuku nampak kehitaman sebab terlalu takut dan sejuk . mana tak sejuk , hari hujan tapi bukak air-cond kuat2 .. rasa macam nak beku je duduk lama-lama ..
kat register zone memang lama sangat tunggu sebab terlalu banyak orang yang nak jumpa doktor .
dua tiga orang je yang muda macam wani . yang lain semuanya dah tua2 .
memang banyak benda yang kena settle sebab macam2 yang wani kena buat hari tuu .. dengan perasaan yang takut tapi teringin nak sembuh wani kena jugak berusaha sendiri . family just dapat tengok je . mereka mana tau apa yang wani rasa masa tu ..
sebab terlalu takut , wani banyak kali nak terkencing ..
setelah beberapa jam menunggu giliran untuk turn wani , wani pun kena panggil masuk bilik doktor .
dupdapdupdap .. takuuuut ~ muka doktor tu serius semacam je . tapi , wani selamba je . sebab kekuatan tu tiba2 muncul . muahahahaha ..
wani menghadap doktor tanpa ditemani family .. semua benda wani tanya bagitau kat doktor dan banyak soalan yang wani tanya kat doktor . hari tu wani rasa memang dah macam penemubual .. dah tak macam pesakit ! ahahahha
lepas doktor tengok note2 lama wani masa wani masuk wad dulu , doktor cakap mereka gagal jumpa penyakit wani yang sebenarnya ..
tiba2 hati wani melonjak gembira sebab saya sihat kan ?? alallalala ..
sapa tak gembira kalau kita sihat sentiasa ..
tapiii , doktor cakap saya perlu makn ubat lagii then kena ambek darah lagi ! wahhh .. hati yang melonjak gembira tiba2 lemah balek ..
seriously , wani TERsanagatlah takut kalau nak ambek darah .. adoiyaiii ! sakit jiwa dibuatnya ...
mas ajumpa doktor tu , doktor tu bagi wnai sedikit senaman .. ahihihi
lawak pun ada jugak .. SENAMAN TANGAN ! yehaaaaa !
so , after dah siap jumpa doktor , doktor suruh wani tunggu kejap sebab dia nak suruh wani ambek darah lagiii ...
so , tunggu punya tunggu .. perut pun memulas-mulas ... wani tunggu je dengan perasaan yang terSANGATlah redha .. atau terPAKSA ! dengan harapan doktor tu nak cancel ambek darah wani .. ahahahaha
dalam keadaan muka yang ketat , tiba2 nurse panggil lagi nama wani .. dia bagi wani slip supaya pergi ke makmal untuk ambek darah .. tuptup ! kat makmal darah tu kan , wani jumpa saudara a.k.a atok ..lazen my atok .. tak sangka wani ada atok semuda tu beb .. around 30 laa umur dia .. memang teruja ada atok semuda tu .. sebenarnya wani langsung tak tau pun yang dia tu atok wani . tiba2 dia panggil my uncle sebab mula tu dia tak perasan . barulah berkenalan ..ahahahha ..
kat dalam makmal tu jugak laa wani mengenali my vogue atok .
eh , story ni tiba2 tersasar dari landasan .. lepas wani ambek darah tu kan , wani jumpa balek doktor tu . so , dia bagi wani kad member specialist . jarang orang lain dapat tau ! ahahahha .
so , kalau nak jumpa doktor lepas ni , wani tak perlu ambek kad yang besa tu , wani just ambek kad yang terSANGATlah cute ... member hospital . ahahahha
siap2 ambek kad tu , wani kena pergi ambek ubat .. tunggu dalam beberapa minit wani pun dapatlah ubat untuk langsing doktor bagi kat wani .. ahahahaha .. sebenarnya tu adlah ubat untuk penyakit wani .. dapat bat lagii . ubat yang lepas pun wani tak makan , dia nak bagi yang baru pulak .. memang tak lah wani nak makan sangat . makan ala-ala je ..
bila tengok kad tu , wani memang tersangatlah malas sebab wani ada lagi appointment dengan doktor .. nasib baek lama lagii .. ahhihihiih
 
k , cukuplah membebel sampai sini !
tengs 4 reading sayang ~

Thursday 23 February 2012

aku tak tau aku kenapa ???

Assalammualaikum semua :)
memang lama sangat tak update blog sebab macam-2 halangan yang datang yang tak mengizinkan wani nak update .
rindu nak update blog pun semakin menjadi-jadi sehingga wani tiap hari tulus diari seperti wani update blog jugakkk ..
memang macam-2 sangat halangan . Allah je yang tau . hek eleh , macam laa situasi genting sangat pulak aku nih ! ahehehe
bukak fb pun dah jarang sangat since beberapa minggu yang lalu . tapi , fb tu oke laa jugak . blog jugak yang wani tergila-gila sangat . tapi , wani tau blog ni dunia semata . tapi , blog jugak yang boleh buat hati wani feel free . sebab tension semua hilang sebab blogging nih dah jadi salah satu rutin dan memang hobi yang wani betul-2 minat .
hanya blogger yang tau kan ? mana tak nya , selama jadi baby sitter yang tak sitter ni , wanii sorang-2 ja kat rumah . kazen dua-2 dah sekolah . so , just nak ambek dorang balek sekolah laa . mana tak boringnya duduk rumah sorang-2 . kalau ni tempat asal wani memang wani ambek masa free tu nak buat macam-2 kerja .
wani tak berani kalau kat sini . bukan area wani . takut nak memandai-mandai .
this June jugak , maksu bakal ada baby baru , girl pulak tuh ! yeah ! wani memang addicted sangat dengan baby . tak tau kenapa , memang perasaan ni excited sangat-2 . tambah-2 baby tu girl .
so , mulai Jun ni , wani ada teman kat rumah . maksu pun akan cuti selama 3 bulan . so , dalam masa 3 bulan tu wani tak perlu handle baby sangat . lepas je 3 bulan barulah baby tu wani yang kena jaga sebab maksu sorang yang bekerja .
so , bila wani dah ada tanggungjawab nak jaga baby memang wani kena tumpukan perhatian pada baby . baby bukan macam 2 orang kazen wani yang dah besar nih . nanti agaknya wani memang akan jarang sangat nak update & log in fb @ twitter ..
tapi , wani bersyukur sebab ada orang yang masih percayakan wani nak jaga anak-2 dorang . tak semua orang dapat dipercayai nak jaga budak tau ! ada sesetengah orang yang kekok nak jaga budak .

keyh ! nak cakap siket pasal kesihatan wani . sekarang nih gastrik wani memang sangat teruk . so , wani kena makan kuat .ikut jam yang betul . kalau tak gastrik memang akan menyerang . kalu gastrik menyerang memang wani akan muntah-2 then bila perut tu dah kosong memang takda selera nak makan . wani akan terus demam .
hari Ahad ni wani ada appointment nak ambek darah . memang takut sangat . kesan cucuk jarum memang akan buat tangan wani lebam seperti sebelum . wani terpaksa menahan sakit maybe sampai 3 minggu macam tuh sebab kesan cucuk jarum tu buat tangan wani lebam . dulu , lebam tu jugak yang buat wani susah nak gerakkan tangan sebelah kanan . kalau lebam-2 biasa tu oke laa jugak . lebam yang dulu wani rasa memang sakit . lebam tu mengililingi terus pergelangan tangan kat kawasan siku wani . memang susah nak buat kerja masa tuh .

   k , laa .. banyak betul dah membebel nih .
   thanks for reading <3<3

Tuesday 7 February 2012

Wordless Wednesday #5 : Senyumlah :)

Assalammualaikum :)

Senyumlah selagi dapat tersenyum .
Jangan pernah menganggap orang yang sentiasa tersenyum tiada masalah , tidak memikirkan apapun benda-benda yang susah .
Sebenarnya orang yang sentiasa senyum selalu ingin menggembirakan hati orang lain yang tengah sedih walaupun hatinya sendiri siapa yang tahu .
Walau bagaimana pahit sesuatu perkara untuk ditelan kita mesti senyum .
sebenarnya , kalau kita senyum ia merupakan salah satu terapi jiwa untuk kita .
so , senyumlah wahai sayang :)

Friday 3 February 2012

Kisah Dulu Zaman Kanak-kanak Part 2

Assalammualaikum .
selamat bercuti semua dan selamat menyambut Maulidur Rasul bagi yang beragama Islam ...
dengan lafaz Bismillah wani nak taip entri ni kejap .. nak ambek masa kejap je !
sebenarnya , pagi ni mood wani sedikit spoil sebab ....................... sakit hatiiiii ... ^__^
so , wani bukak blog sebab tak mau tension ...

k , laa nak citer balik kisah wani zaman kecik2 dulu part 2 pulakk .

time kecik dulu , wani ingat lagi wani pernah curi duit ayah wani ..
kenapa lah boleh sengal sangat time tu sampai curi duit orang .
wani curi duit syiling ayah RM2 .. wani siap sponsor kawan2 makan chewing gum . kalau tak salah , masa tu chewing gum time 40 sen je sebungkus ...
bila dah kantoi tu kan , wani sempat lagi nak berdalih . tak mau mengaku yang wani curi .
sekali tu wani curi duit kakak wani yang kakak wani simpan dalam tabung .. ahahahaha ..
masa tu lah wani kantoi sebab orang semua ada simpanan . wani je yang takda !
bodohnya masa tuuu ..

time kecik dulu wani suka mandi sungai dengan kengkawan . mak wani sebenarnya tak mau wani mandi sungai . memang perangai wani masa tu macam lelaki . wani mandi sungai dengan kawankawan perempuan dan lelaki . sekarang ni jarang dah nampak budak2 mandi sungai . dulu , kalau nak mandi wani pakai seluar pendek je . tak malu langsung .
dah la masa tu dah tahun 4 kalau tak silap . budak laki apa lagi mandi pakai spander je ..
langsung tak takut dengan buaya . ahahahha
ada satu petang tu , wani tipu mak wani . sebenarnya wani pergi berenang kat sungai tapi bagitau kat mak yang wani ni pergi mengaji . tapi , semua kantoi sebab kakak wani bagitua mak wani yang wani pergi berenang .
bila sampai rumah tu , habis wani kena bantai . haissssshhh ..

haa ! bab puasa pulak . ahahaha . dulu atok wani bagitau kat kitorang sapasapa yang penuh puasa atok nagi 3 hingget . bangga jugak masa tu dapat 3 hingget .. masa kecik sebenarnya wani tak pernah penuh puasa . tipu je . tapi , wani dapat duit jugak sebab wani bagitau atok yang wani puasa penuh . ahahahha
tiap hari muka bertenaga , mana tak nya bila orang tak tau wani pergi makan kat dapur . minum air dalam peti sejuk . ahahahaha

satu lagi kisah lucu . dulu , bila tengok orang dewasa ada hp , wani pun pakat nak berlagak . sebenarnya tu cuma horsing hp . hahahaha . kawan2 punyalah percaya yang wani ada hp . sebab diorang tak nampak dari depan , diorang nampak dari belakang je . tu pasal diorang percaya ..siap bawak pergi masjid sebab nak berlagak dengan kawan .

time tahun 4 , wani dah pandai berkapel . sebenarnya , wani berkapel dengan sepupu jauh wani .
ahahahha . masa tu tak tau yang dia tu sepupu wani . tiap hari post surat melalui kawan2 . ahaha .
dahla satu sekolah , sekolah kampung pun kecik . tiap2 hari jumpa muka dia , tapi tak pernah tegur pun . eksyen betul ! ahahaha .
tapi hbungan kitorang tak bertahan lama . wani pun tak ingat apa sebabnya .
mungkin sebab bergaduh kot . al mkalumlah , time kecik2 dulu wani suka bergaduh . lama tak bertegur . tuptup mintak maaf ..

                         k , laaa . dat all for dis entry ..
                               tengkiu 4 reading ^_^

Thursday 2 February 2012

Jalan-jalan Cuci Mata >__^ : Lamin Dana , Mukah , Sarawak Bab 2

Assalammualaikum :)
Have a blessed Fiday !
hari ni wani nak continue pasal entry hari tuh . jalan-2 cuci mata ..


hek eleh . bajet mengada je kan ?? ni kazen wani yang join wani jalan-2 .
siap ada choki-2 lagi kat mulut tuh .
wani tak tau apa nama yang biru-2 tuh . lupa nak tanya .
tapi , kazen wani ni memang lawak .
time tu , wani still d tingkat atas . pike orang yang main ni profesional punya .
rupanya yang main ni langsung tak merdu rupanya dia nih ..


replika rumah yang diperbuat daripada kayu dan daun rumbia .
memang cantek sangat ..



ni adalah tibo . ni cuma replika . sebenarnya , Tibau ni besar .
tibau adalah permainan yang sering dimainkan ketika Pesta Kaul berlangsung di Mukah .



haa ! ni model yang tak berbayar . ahahahha .
dah penat dan berpeluh so wani duduk kat tingkap dan snapsnap .

k , laa .
that's all . tengkiu 4 reading ^___^