Friday 9 March 2012

Impian , Cita-cita dan Cinta :)





Assalammualaikum ...
selamat bercuti dan selamat berhujung minggu !
aku free , tetiba rasa nak update blog . hihiihi ..
dalam bulan ni , dan bulan lepas saya rasa saya update blog tak sampai 10 entry ..
memandang bebudak tengah syok tengok kartun , aku ambek kesempatan hapdet blog .
hari tu aku dah tulis tentang 3 perkara ni dalam buku Doraemon aku . waah ! gelar diri aku pulak hari ni .
buku Doraemon a.k.a bukau Perasaan ! ahahahha

IMPIAN 

semua orang ada impian termasuk aku . orang yang dalam kesusahan pun menyimpan impian . satu hari nanti , aku teringin nak jadi seorang yang KAYA ! ahahaha . dengan kekayaan yang ada , aku boleh laksanakan segala keinginan dalam hati ni . tak kaya , hidup senang pun jadilah . kalau aku senang , aku nak family aku jugak hidup senang . especially my parents . kalau aku banyak duit , aku teringin melancong ke seluruh dunia . sebelum aku melancone ke seluruh dunia , aku nak bawak mak ayah tunaikan haji dulu . masa kecik dan zaman remaja nih , aku jarang dapat jalan-jalan cuci mata tengok tempat orang , bukan jarang , memang langsung takda ! kalau aku berkemampuan jugak , aku teringin nak ada anak seperti anak angkat . aku teringin nak jadi seorang ibu . kalau satu hari nanti saya berpeluang dan berkemampuan nak ambil anak angkat , saya pasti akan ambek anak angkat . saya suka baby . cute sangatsangat . kalau boleh , saya nak jadi seorang sukarelawan kat rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua . sedih sangat bila tengok ada segelintir anak-anak yang sanggup buang ibubapa mereka ..kalau takda orang tua , takkan ada orang-orang muda . sebnarnya , saya sangat-sangat rindukan arwah atok . rasa kasihan tiba-tiba wujud masa tu sebab aku yang jaga atok masa atok sakit tenat . saya sedih tengok keperitang yang atok rasa masa akhir-akhir nyawa dia kat dunia ni . saya tak nak sia-siakan hidup saya dengan mengabaikan orang-orang tua . amiiin ..

CITA-CITA

semua orang punyai cita-cita . time kecik-kecik dulu aku teringin nak jadi seorang PENSYARAH . bila dah besar cita-cita pun bertukar . aku teringin nak jadi AKAUNTAN . jadi PEGAWAI BANK pun jadilah .. asalkan berkaitan dengan akaun @ duit . tak tau kenapa aku addicted sangat dengan pengurusan wang .. mata pun boleh rambang dibuatnya . ahihihihihi .. so , sekarang ni , disebabkan masalah kewangan , aku sendiri yan simpan duit nak sambung study . mudahan rezeki nak masuk U tu ada . berbeza dengan orang yang berduit , mereka tak perlu fikir panjang kalau nak sambung study .. macam aku ni lain , banyak benda kena settle dulu .. amiiin . mudahan , saya dapat mencapai cita-cita yang saya inginkan ..

CINTA

wah ! ni perkara yang sangat-sangat sensitif dalam family aku . memang ianya sangat-sangat sukar untuk diperkatakan . cinta memang memerlukan pengorbanan dari segi fizikal , mental dan kewangan . yeaah ! macam laa betul sangat . ahihihi .. tapi , yang aku tau , mak aku tak izinkan aku kahwin sebelum aku dapat kerja tetap yang boleh menjamin masa depan . takut nanti hidup terumbang-ambing bila bercerai atau menibggal ke .. kita mana tau kan ?? Allah punya kuasa . kita hanya mampu mernacang Allah yang menentukan .. tapi , aku dapat jodoh yang betul-betul dapat membimbing aku . bukan hanya untuk dunia semata tapi untuk akhirat jugak . aku juga nak lelaki yang dapat menerima aku apa adanya bukan untuk mengubah aku apa yang dia mahu .. itu yang dinamakan cinta . betol tak ??

oke laa ..
teng for reading .
impian ke berangan aku pun tak pasti ..

No comments:

Post a Comment

ade oang membebel laaa ...:p