Tuesday, 31 January 2012

Jalan-jalan Cuci Mata >__^ : Lamin Dana , Mukah , Sarawak Bab 1

Assalammualaikum .
setelah bercuti lama untuk menulis blog , sekarang wani dah kembali .
Selamat pagi semua .

Jom ikut wani jalan-jalan cuci mata di Mukah Sarawak .
wani just nak cerita salah satu tarikan pelancong di Mukah , Sarawak iaitu Lamin Dana Mukah .
cerita siketttt ..
sebenarnya Lamin Dana adalah rumah pada asalnya . rumah tersebut adalh rumah yang diwariskan kepada anaknya . tetapi anaknya tidak mendiami rumah tersebut & menjadikan rumah tersebut sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang lama .
ni adalah 1st time wani pergi situ even tempat tu tak la jauh sangat dari tempat tinggal wani .
dalam tu banyak barang-barang yang unik & barang-barang kebanyakannya dihasilkan dengan rumbia .
memang unik sangat sebab semua perhiasan melambang ciri-ciri Melanau .

ni lah rupa rumah tuu .
dari luar memang nampak buruk tapi bila masuk dalam rasa seperti di dalam sebuah chalet .
menurut kata penjaga rumah ni , kebanyakan yang sering bermalam di sini kebanyakan mat-2 saleh dari pelbagai negara .
bilik untuk 2 orang berharga RM75 satu malam .
untuk 4 orang pulak , biliknya agak besar iaitu RM 150 .


sori , gambar tak jelas sangat . ekekeke .
yang nih bilik untuk 2 orang . haa! tengok model wani tuh .


ni view tingkat . cantek sangatsangat . seperti sebuah chalet yang menggunakan sebuah barang klasik .



ni adalah nama salah satu nama bilik yang terdapat di situ . 
nama-2 bilik di situ semuanya berasakan nama buah dalam bahasa melanau .


ni gambar terendak yang wani sempat sanp .
hiasan dinding juga melambangkan melanau .
terendak selalunya dipakai oleh petani atau nelayan .
berfungsi seperti payung ..





k , nak out dulu . nanti update lagiii ..
banyak lagi gambar yang menarik . mungkin wifi rumah ada problem .
wani terpaksa ambek masa yang lama untuk upload gambar-2 .
uwaaaaaaa ! sedeh !





Wednesday, 18 January 2012

Jangan Pernah Mengeluh :) ^_____^

Assalammualaikum .

Jangan pernah mengeluh dengan kesusahan yang kita alami . Ingatlah , lebih banyak lagi orang yang menderita daripada kita . wani berasal dari keluarga yang serba kekurangan , segala kekurangan menjadikan wani bersikap  lebih matang . Syukur Ya Allah . kalaulah dulu wani hidup serba mewah mungkin wani tidak akan tahu segala kesusahan mak ayah wani untuk membesarkan wani . wani hidup serba kekurangan . tak semewah orang lain . dulu time sekolah pergi sekolah pakai basikal je masa wani di ting. 1 . wani tinggal dengan atok . atok bagi wani duit poket 50 sen sehari . bersyukur sangat masa tu . siap berebut-rebut dengan kawan pergi kantin , sedangkan kawan belanja 2 hingget sehari . kadang-2 wani bawak bekal nak jimat duit . tapi , setengah tahun wani belajar , wani diberi biasiswa . segalanya berubah . wani tinggal dengan atok selama 6 bulan je . wani berpindah & tinggal dengan mak ayah wani . so , tiap hari wani naek van sebab rumah dengan sekolah jauh .

segala barang-2 sekolah wani tak payah susahkan mak ayah . wani beli sendiri dengan duit biasiswa . di sekolah , mak selalu suruh wani jual kueh & gula-gula . dari tu , wani dapat siket duit poket . masa tu memang langsung tak malu . sebab wani tau wani hidup susah . waktu di sekolah rendah pun wani selalu jual kueh yang mak suruh . sebelum pergi sekolah , wani ambek masa sejam untuk jual kueh . wani bangun awal sebab takut terlambat ke sekolah . mungkin semua ni menyebabkan wani semakin hari semakin rajin berusaha sebab wani tau macam mana mak wani berusaha untuk menyekolahkan wani .

selepas habis je ting. 5 wani ambek dulu apa yang penting seprti lesen & sijil komputer . masa tu , ayah yang bagi duit poket untuk wani . masa tu , bersyukur sangat sebab wani dapat berbelanja lebih dari kawan-2 . rezeki ayah semakin hari semakin murah . habis ambek kedua-dua tuh , wani terus kerja dengan pak usu wani , jadi baby sitter . sampai sekarang . mak wani suruh wani sambung belajar di ting. 6 tapi wani tak sambung . wani tak nak susahkan mak ayah wani . biar wani cari duit sendiri & sambung belajar sendiri tanpa menyusahkan orang lain . dan wani berharap kalau ada rezeki wani nak sambung pelajaran . InsyaAllah .

segala kesusahan mematangkan wani & mengingatkan wani untuk sentiasa bersyukur . tapi , wani bersyukur walaupun wani tidak dibesarkan dalam keluarga yang senang sekurang-kurangnya wani ada sijil SPM dalam genggaman yang dapat memberri peluang untuk wani melangkah lebih jauh .

kehidupan wani tidaklah sebebas orang lain & tidaklah semewah orang lain . bak kata orang cukup-2 makan .
at least wani dapat bantu mak ayah wani & membuat sedikit simpanan untuk wani menyambung pelajaran wani suatu hari nanti . wani buat entri ni bukan nak mintak belas kasihan orang lain tapi wani hanya memanjatkan rasa syukur wani dengan apa yang wani ada .


Tuesday, 17 January 2012

Wordless Wednesday : Quotes

Assalammualaikum.

 Tidak akan rugi orang yang mencari kebaikan , tidak akan menyesal orang yang bermesyuarah , dan tidak akan teraniayai orang yang hidup sederhana.....
Buatlah sesuatu yang terbaik dalam kerja tanpa dilihat oleh sesiapa ...
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tidak menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukanya dalam menghadapi manusia."

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


Thursday, 12 January 2012

Apa Motif Sebenarnya ???

Assalammualaikum & selamat berhari Jumaat . TGIF :-)
hari ni wani malaz nak letak gambar sebab wani nak ambek masa untuk membebel .
APA MOTIF SEBENARNYA YOU BAGI I HADIAH ?? soalan yang saya tanya pada JUSTIN BEIEBER ! muahahaha .. Ooops , sorry . wani tak minat Justin oke ??
sebenarnya wani sangatsangatsangatsangat heran kenapa ada faker & hacker ??
2 keadaan yang sangat berbeza . tapi 1 perkara yang betul-betul buat wani naik angin .

wani naik angin sebab fb wani kena hacked ! OMG ! tidaaaaaaaaaaaaaak ! geram sangat . 
bila wani bukak fb , banyak post yang langsung tak berfaedah terlekat kat wall wani . 
dan , segala post tu langsung tak boleh delete .
so , untuk pengetahuan kawankawan wani yang kat Facebook Salwanie sedek tu , kalau ada benda yang wani post memang tu bukan dari wani . ada pihak yang menggodam fb wani .
dulu , mereka menggodam melalui chat . ada jugak kawan wani yang kena . sedangkan wani langsung tak chat mereka .. 

sekarang niii , video Justin Bieber yang melambak-lambak kat wall timeline wani .
tak dak faedah langsung ! bukan wani berminat pun nak tengok .
tak hingennnnnn ! dan nak ulang lagi tak hingennnnnnn !

so , sekarang ni wani dah bukak new acc . iaitu Salwanie Sedek II .
sesiapa yang nak add boleh search kat fb . malaz nak letak link . muahahahah .

dahdah . malas nak citer pasal tu lagii . malas nak marahmarah . wani kena happy sebab petang ni nak balek kpg kan ??
ahihihihih ...
so , wani akan bercuti update .
nak release segala ketensionan kat kpg .
oke ! bye .
                                                    LOTS OF LOVE :
                                                                                    SALWANIE SEDEK

Wednesday, 11 January 2012

Spontaneous Thursday : Really Miss This Moment & both of U >______^






Assalammualaikum ??? selamat tengah hari semua .
tiba-tiba wani rindu kat 2 orang kazen wani nih ! rindu sangatsangat !
so , gambar menceritakan segala ....







Sunday, 8 January 2012

Kisah Dulu : Zaman Kanak-kanak ^_____^ # 1


sori , gambar di atas tidak berkaitan dengan zaman kanak-kanak ..
ni gambar baru-baru ni .

Assalammualaikum ? selamat pagiiii ... 

masih ingat tak zaman kanak-kanak korang dulu ?? yeah ! zaman kanak-kanak wani masih segar sangat kat ingatan ni haa .. zaman kanak ialah zaman kita yang masih suci dulu . belum lagi tahu apa-apa yang berkaitan budaya & kehidupan . hidup main belasah je . tak ikut undang-undang .

Dulu , time kecik-kecik mak wani selalu beli selipar jepun untuk wani . bangga sangat time tuh bila ada banyak selipar jepun . time tuh , selipar jepun RM1.20 je . tapi , masa tuh , terasa mahal sangat . selipar jepun yang ada corak ikan kat tali selipar tu .. korang tau tak . mungkin tak tau la kan ? macam-macam warna mak wani beli . tapak selipar tu punyalah keras , tapi happy jugak bila pakai selipar tuh . kalu bawak lari , konpem tanggal terus tali . bila tali tertanggal . wani pasng balik . boleh guna balik . bila pakai selipar tuh , wani pakai sampai haus . tapak tu dah licin sangat tapi masih jugak pakai .

dulu time kecik , bila nampak kapal terbang je terus bagitau kat kawan-kawan yang kapal terbang tu ayah kita yang punya . time tu , mana tau menipu tu berdosa . dengan muka tak malu bagitau kawan yang kapal terbang tu bapak kita punya . sumpah , time bagitau kawan tu langsung tak hengat dunia . padahal time tu wani tak pernah naik kapal terbang . malu jer . 

dulu time kecik jugak , selalu gaduh ngan kawan . kawan wani time kecik dulu adalah kazen wani sendiri . mereka adalah kawan wani sampai hari ni . dulu , selalu sangat gaduh . semua tak mau kalah . bila nampak barang terus bagitau kawan yang kita ada barang sebanyak yang ada . wani bagitau kawan yang wani ada barang mainan sampai pecah dunia . time tu , tak tau pulak kalau dunia dah pecah kita nak tinggal mana ?? memang tak mau kalah . wani ingat lagi kawan wani pernah tolak wani sampai jatuh dari tong . time tu kitorang main . so , dua-dua tak puas hati antara satu sama lain . tu yang jadi macam tu . 
ni laa kawan-kawan merangkap kazen wani . 
meka jugak teman wani dari kecik .

dulu , time kecik wani kedekut sangat dengan sapa-sapa je . wani memang kedekut ! dulu , abang wani selalu mintak apa saja yang wani makan . tapi , wani langsung tak kasi . biar abang wani terliur tengok wani makan . biar laa sampai dia menangis ke , wani memang tak heran . bila dah kenyang , makanan tak habis mak selalu marah wani . mana tak nya , bila orang mintak kedekut . bila dah kenyang baru nak terhegeh-hegeh nak bagi abang makan . ekekkekeke

dulu time kecik wani selalu bonceng belakang mak naek basikal . bila duduk lama sangat kat belakang tu , wani selalu mengantok . bila mata dah mengantok , mulalah terangguk-angguk sebab mengantok . kaki wani selalu sangat masuk dalam rim basikal . so , bila dah cedera langsung tak dapat jalan .kaki dah cedera kan ?? . kalau tak silap mungkin sampai 5 kali kaki wani masuk rim . time tu wani terpaksa baring & tunggu mak @ ayah yang nak suapkan . kalau tak berlapar laa wani . sebab mak & ayah wani kedua-duanya sibuk dengan hal masing-masing . 

time kecik dulu , wani memang nakal sangat . 1 hari tu , wani & kakak main kononnya terbang . so , kitorang berdiri kat tingkap . tingkap rumah atok time tuh jauh dari tanah . sebab rumah atok tinggi . seronok sangat main terbang-terbang . tuptup , wani jatuh . gigi depan patah . rongak laa wani time tuh . bahagian bawah bibir wani pun terpaksa dijahit sebab koyak terkena paku yang ada kat kayu . atok wani panik sangat & terus panggil mak ayah wani . time tu jugak wani dikejarkan ke hospital . sebab pendarahan yang tak henti-henti ..

time kecik jugak bila time hari raya , wani selalu ikut kawan-kawan jalan rumah orang . sambil jalan kat rumah orang wani & kawan-kawan selalu kumpul gula-gula & coklat kat rumah orang . langsung tak malu muka tu . time jalan wani bawak plastik besar tempat simpan gula-gula . ekekkeke . sebelum naik rumah orang , kitorang sembunyikan gula-gula tu kat dalam semak . takut orang nampak . bila naek rumah orang , nampak je gula-gula terus ambek . time nak bagi salam tu laa yang paling malu . kalau yang tak da poket mintak tolong kawan untuk simpan dalam poket kawan . kalau letak kat tangan takut tuan rumah kantoi bila nak salam . 

time kecik jugak , wani suka sangat beli mainan . kalau pergi kedai konfem wani nak beli mainan . mak selalu tak mau beli . mana tak nya mainan melambak kat rumah . tapi , wani pintar lagi . bila mak tak mau beli wani duduk kat tengah jalan . bila mak nampak wani duduk kat tengah jalan mak takut pulak , so , mak belilah mainan yang wani nak . so , wani konpem dapat !

bila ingat balik , wani gelak sorang-sorang . 
nakal sangat time tu . 
wani macam budak lelaki .
ni entri pertama . wani akan sambung lagii .
banyak sangat kenangan masa kecik dulu .

                                                                                                      Lots of Love ,
                                

Thursday, 5 January 2012

Segmen | Follow Seikhlas Hati


       done ! wani join segmen ni haa .. suka suka je . boring laaa .. segmen yang Mimiey Michiko buat . 
       sapa sapa berminat join laa ..  akekkeekke
                 Follow wani ek ! dengan seikhlas hati tau ! kalau tak ikhlas tak yah je laaaa ... hihihih