Monday, 16 April 2012

Takda kerja , cari kerja #Part 1

Assalammualaikum .
Bismillahhirrahmannirrahim :)

I'm back ! setelah bercuti selama seminggu dari segala kesibukan bandar dan hiruk-piruk kota . Aku balek kampung beb .. melambak cerita yang aku nak kongsi sebab cuti aku kali ni TERsangatlah bermakna bagi aku .
setiap masa diisi dengan pelbagai aktiviti gila-gila bersama kawan dan keluarga . memang tak ah aku nak duduk kat rumah , memang tak ah aku nak ikat kaki . konfem aku takkan duduk rumah kalau aku berpeluang balek kampung . rugi ah kalau balek kampung tapi tak gembira bersama kawan-kawan . rugi ah kalau tak jual muka seposen ni kat orang lain . hahaha

oke , hari tu aku balek kampung sorang-sorang naek bas yang tersangatlah sempit . dahla bontot aku besar tempat duduk kecik pulak tu . adehaiiii .. aku balek pukul 10 pagi . dengan mata yang mengantok ... aku samapi kat Mukah kira-kira pukul 12 lebih ..

gambar di atas bukanlah bertujuan aku nak boikot sapesape . tapi aku just nak tunjuk yang aku balek naek bas dengan tambang RM20.00 . mengambil masa selama 3 jam lebih nak sampai Mukah . dalam bas aku berangan sorang-sorang sebab aku balek sorang . takkan nak berangan dua orang pulak ..
aku duduk seat number 7 . pergh ! ada sorang mamat yang seat number 8 tapi aku surh dia duduk tempat lain . hampir je mamat tu nak bergolong-golong sebab aku tak mau dia duduk tepi aku . sempit beb ! tak dapat ah aku tidyr kalau dia duduk tepi aku . konpem ah tak dapat ! so , dengan perasaan malu yang menebal , jejaka pujaan sarawak tu pun duduk seat lain . hahahaha . aku memang jahat ! sori laa :)

oke , sesampainya di MUKAH ..
selama 3 jam tu aku tahan perut yang lapar . mana taknya seampai je kat terminal Sibu aku tak sempat nak beli apa-apa . nak buang air kecil pun tak sempat ! huh . sebab masa tu terlalu banyak orang yang nak balek kampung so sangat susah nak cari tempat parking . disebabkan aku seorang yang adventure aku beli tiket 5 minit sebelum bas berlepas .. so , tak sempat apa-apa . sempat kentut je .
sampai je kat Mukah , aku terus cari kedai makan . aku tapau dua menu . aku memang pelahap !


ni menu pertama aku . MEE GORENG BASAH ! sedaap sangat . aku tapau kat kedai 1 Malaysia . 
disebabkan aku segan nak makan dua menu dalam satu masa , so aku tapau makanan . aku makan kat hostel kakak aku . so , takda orang lain yana nampak . hahahaha
mee ni berharga RM4.00 . berbaloi aah , dahla murah sedap pulak tu !


ni menu kedua , NASI GORENG SEAFOOD ! pergh , seafood-seafood ni aku memang suka tahap menggila . ditambah sedikit sambal . harganya RM4.00 . murah giler ! makanan kat Mukah memang murah-murah je , that why aku suka Mukah .

siap melahap aku tunggu orang ambek dari hostel kakak . hostel kakak betul-betul berada di tengah-tengah bandar Mukah . dan aku suka sebab tak jauh dari terminal bas . taklah aku penat sangat nak bawak beg aku yang besar-besar tu .. hihihihi .. tunggu punya tunggu , driver aku sampai pukul 4 petang . weyh ! dari pukul 1 aku tunggu pukul 4 baru sampai . aku apa lagi , konpem ah aku tido , aku takkan buang masa yang ada begitu saja . hhahaha . 


tu lah muka orang bangun tido . sebelum balek rumah aku sempat snap lagi muak aku yang tak bermaya ban berminyak saat-saat bangun tido . huahuahuahua ..
 
 sampai je my driver aku tengok kereta dah full . dorang ni nak ambek aku ke , atau saje nak letak aku dalam bonet kereta ?? konfius =_= 
kereta proton saga muat 5 orang tapi aku tengok dorang dah cukup-cukup 5 orang . nasib baek badan aku ni taklah besar sangat . ahahahha . perasan ! bila aku masuk je , wei ! muat laa even duduk depan belakang , depan belakang . nak muatkan supaya tak terlalu berhimpit . bila bukak je pintu nasib baek tak jatuh gedebuk terus ! so , aku sampai kat rumah setelah pusing-pusing kat Mukah . pukul 7 malam macam baru aku samapi kat rumah . dari 10 pagi , pukul 7 baru sampai kat rumah ..


tu laa , muka aku yang tersangatlah penat . tapi , aku senyum jugak ! 
gambar di atas ialah gambar hiasan semata . ahaha . tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati :)


 k .. ni entri pertama ! entri pasal ketibaan aku kat Mukah yang disambut meriah . ahahahha !



 

Monday, 2 April 2012

saje je nak membusy kan diri :)

Assalammualaikum :)
pagi-pagi dah bukak pesbuk then menjelajah ke sana kemari seperti lipas kudung .. aaah . menyampah betul .. macam tak da tujuan hidup dah aku pagi ni .. oke ! pagi-pagi dah aku mandi sebab aku memang plan nak bukak pesbuk sebab nak balas apa saja yang ada dalam ni ..  ahahaha ! seriusly , pagi ni aku memang rasa macam dah takda tujuan hidup . aku sendiri pun tak tau kenapa . macam orang yang tunggu nak kena pinang pun ada gakk ..
idea takda nak tulis entri tapi tetap jugak nak taip . jari jemari ni gatal betul nak menaip .

kejap , nak muhasabah diri dulu .. taip entri dengan hati yang ikhlas ! ahahaha .. bukan untuk mendapat perhatian ramai . oh  bajet mengada . macam la orang baca sangat blog aku ni ..menyampah .
aku nak taip entri ni selaju yang boleh . tapi , aku takda benda nak citer . so , aku buat cerita bodoh-bodoh siket bole ? ooh ! konfem korang menyampah baca ni nanti . ahahaha
 sebenarnya , aku nak bagitau korang yang pagi tadi aku makan nasi lemak hasil tangan my auntie .
sedap sangat ~ dulu aku tak tau makan nasi lemak . mimpi apa entah , aku pun tak tau tiba-tiba aku tau makan nasi lemak . dulu , aku rasa nasi lemak tersangat berbau . memang busuk sangat bau nasi lemak tu .

sekarang ni , aku jarang snap gambar ke mana kau pergi sebab aku peras . ahaha ..
sebab aku sorang-sorang tak ditemani sapa-sapa jadi takdalah orang yang akan snap aku . kecuali kalau aku outing bersama kazen mazen aku . tu pun kalau aku ingat nak snap itu ini .
sejak kebelakangan ni , kulit muka aku pun nampak sangat berbeza dari sebelum ni . nak kata aku salah pakai produk tak jugak . sebab aku tak ber make-up . maybe salah makan apa-apa yang tak sesuai untuk kulit wajah aku . ataupun aku kena terima kenyataan yang aku semakin hari semakin berumur . ahahaha
aku rasa dari dulu dah aku pakai Fair & Lovely , Fair & Lovely . * iklan . tapi , kadang-kadang ada jugak aku pakai olay .. jerawat tumbuh sana dan sini , then bila jerawat dah oke tinggal pulak parut yang tak cantek tu . aaah ! memang tensen sangat sekarang ni bila tengok muka macam ni . kembalikan kulit wajah aku yang dulu .. aku tak mau kulit wajah aku yang sekarang ni ..
tapi , alam keadaan tak dapat menerima , aku tetap terima apa adanya ..
kalau macam ni aku kenalah pergi New York skin solutions yang macam dalam tb tu . ahahaha
bila balek kampung jumpa kawan-kawan mesti kawan-kawan cakap yang muka dah macam kena gigit nyamuk . kesan parut sana sini . berbeza dengan zaman sekolah menengah dulu . adoiyai !
dulu , kulit wajah clean walaupun kulit hitam manis berbanding kawan-kawan aku yang putih melepak bagaikan .. aku je kurang jerawat kat muka .. tapi , sekarang dua kali lima = sepuluh ye tak ??
tapi , even muka taklah cantik sangat kalau ada nur kat muka , InsyaAllah memang berseri-seri .
weh ! cukup la membebel pasal kulit muka ni ..

15 minit berlalu ,

okeyh ! aku sambung balek entri .. tadi aku pegi ambek kazen kat Tadika .. dengan muka penat aku jalan je macam biase . matahari tak lah nampak sangat tapi aku rasa sekarang ni aku berada dalam oven . adoi ! den ponat . berpeluh-peluh ni wei .. dah la sebelum pegi ambek tadi payung yang besar yang selalu aku pakai tiap hari macam mana pandai tak boleh bukak ? kecewa =_= . terpaksa pakai payung kecik yang tak boleh tutup semua badan  . eeergh ! geram !

oke , aku nak out . terasa nak mandi kolam bial badan panas macam ni . hati pun panas gara-gara payung tu tadi .. +_+

bye .
makseh baca :)
seperti biasa aku ambek kazen jalan kaki , sebab Tadika tak lah jauh sangat .

kamek sayang kitak :)

Assalammualaikum :)
second entri wani hari nii ..
oke , after dapat greenlight from my boyfie nak update pasal dya wani decided nak update blog lagii ..
sebenarnya , disebabkan kepala otak membeku disebabkan cuaca yang tak menentu macam ni aku agak kehilangan atau ketandusan idea .. tambah-tambah terik panas macam ni ...
dari tadi dah sebenarnya wani on wani punya fb dan blog nih .. tapi , kejap-kejap wani tinggalkan ..

tapi , wani bertekad nak update jugak sebab jarang ada masa nak update sampai dua entri sehari ..
keyh ! kamek sayang kitak ( saya sayang awak ) .. agak-agaknya awak sayang saya tak ??
seriously , saya memang sayang awak !
belum pernah sebelum ni saya serius tahap apa entahh dalam berkapel ni ..
oke , demi masa depan wani kena jugak serius dalam beberapa hal yang mengaitkan hati dan perasaan ..
sebenarnya , azam tahun 2012 wani , wani memang tak nak kapel ..
sebab wani betul-betul serik dan sakit hati dengan apa yang menimpa wani ..
sebab wani yakin Allah sentiasa mencari yang terbaik untuk kita selagi kita berusaha , berdoa dan tawakal kepadaNya .. cehhh ! bunyi macam serius sangat dah aku nih !
tapi , wani langgar azam wani sendiri .. sebab wani faham dengan ketentuan Allah ..
bukan apa , kalau Allah dah tulis macam tu , memang macam tu jugak yang akan jadi ..
so , wani dah isthikharah dan selalu berdoa dan dapatkan nasihat orang yang terdekat ..
memang mamat ni jugak yang Allah tunjukkan ..
kawan wani pernah cakap , kalau kita nak minta petunjuk Allah kita kena yakin ..
tapi , wani tak tau wani yakin ke tak ?? huwmmm ~ kalau pakwe aku baca ni konfem muncung sampai dinding .. hihihihi

04/02/2012

oke , tarikh keramat ni wani akan ingat sampai bila-bila selagi hubungan ni masih tersemat di hati .. chewah ~ jiwang karat !
oke , tak lama lagi 04/04 .. so , dah nak masuk 2 bulan hubungan ni .. harap ianya kekal lama .. aminnn ~
baru-baru ni wani ada solat sunat isthikarah lagi .. tapi , mungkin masa tu hati wani memang gundah gelana ..
banyak benda yang wani fikir .. maybe , masa tu tak terlalu khusyuk dan yakin dalam menunaikan solat ..
tapi , setiap kali wani sembahyang , wani memang takkan pernah lupa untuk berdoa agar kebahagiaan hubungan ni akan berkekalan lama ..
mohon hubungan ni cepat direstui dan diredhai Allah dan mak ayah ..
 seperti yang dya tau jugak wani memang akan sambung study .. demi masa depan wani jugak ..
so , wani betul-betul perlukan sokongan dia(boyfie) ..
dan mak cakap kalau nak sambung study mesti fikirkan study dulu ..
jangan fikir pakwe .. oh mai god ! macam mana dengan hati dan perasaan ni ??
tapi , mak faham wani kalau suka dengan seseorang tu wani akan betul-betul suka ..

 tapi , wani memang nak sangat-sangat hubungan ni mendapat restu mak ayah .
InsyaAllah , hubungan akan berkekalan lama kalau mendapat restu ..
dan , wani nak dia tau yang wani betul-betul sayangkan dia ..
wah ! ni merupakan pengakuan eksklusif di blog wani .. Ahahhaha

dan , hye my sayang ^__^ sayang awak laa !

dalam hubungan wani sekarang ni , wani memang bayak bersabar ..
harap kesabaran wani tak disia-siakan ..
usaha, doa , tawakal :)

memang jarang dapat mesej sebab dia memang jarang ahntar text kat saya ..
segan pulak rasanya kalau nak terhegeh-hegeh hantar banyak mesej kat dia bila dia tak reply .. ahihihi
and one thing yang wani kena ingat selalu ..
MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI ...
kalau hubungan tak kekal lama satu hai nanti , wani redha ..
dan wani bersyukur sebab sentiasa diberi peluang untuk merasa nikmat kasih sayang seorang lelaki ..
Alhamdulillah Ya Allah kenalkan saya dengan seorang insan yang sangat-sangat saya sekarang ni ...

doakan kebahagiaan saya dan dia <3
mudahan hubungan ni akan jadi halal satu hari nanti ..
bercinta bukan hanya untuk dunia , tapi untuk akhirat jugak ..
bercinta bukan dengan dia saja tapi mencuba bercinta dengan family dia jugak .. amiin :)

oke , tu je ..
makseh sudi baca :)


Sunday, 1 April 2012

Blog itu Diari Kehidupan saya :)

Assalammualaikum :)
selamat berhari Isnin ...
Alhamdulillah sebab still dapat bernafas lagi hari ni kan ?
so , pagi ni nak ambek kesempatan yang ada dan masa yang tersangat lah terluang ni nak update blog ..
petang semalam , wani ada tengok rancangan Saffiya yang kat tv9 tu kan . konfem banyak blogger yang tengok rancangan tu ..
mana taknya , dalam rancangan tu ada segmen blogger .. temasuklah banyak minah-minah blogger yang femes kat Malaysia ni ..
rasa nak berblogger tu semakin membuak-buak sebab hanya saya dan blogger yang lain faham betapa seronoknya berblogging ..
then , uncle pun teringin nak buat blog ..
hari tu kawan wani pun cakap kat wani dia teringin nak buat blog ..
katanya , best tengok penulisan wani yang simple ..
tak sangka betul ada orang yang sudi baca blog wani yang tak seberapa ni kan ??
tapi , wani dah anggap blog ni sebagai diari kehidupan .. kalau dulu wani dapat update blog tiap hari tapi sekarang dah tak dapat sebab terdapat bermacam halangan yang wani hadapi time nak update blog ...
tapi , bersyukur sangat sebab wani tak jumpa pun keboringan tatkala menulis blog ..
memang segala ketegangan dalam kepala wani share kat sini ..
sebenarnya , menulis blog ni berbeza dengan kita meluahkan isi hati dengan orang lain face-to-face ..
walaupun kekadang bila kita update blog kita turut meluahkan segala isi hati ..
ianya sangat berbeza .. bila kita luahkan di blog ianya akan terpacul keluar semua isi hati kita ...
InsyaAllah , kalau dah ada kesempatan dan peluang nak update wani tetap akan update ...
kadangkala , wani rasakan kita menulis blog bukan untuk mendapat perhatian ramai ..
kita just nak kongsi cerita dengan orang lain ..
dan , wani harap sesiapa blogger yang sudi follow wani tu follow wani dengan seikhlas hati bukan sebab wani follow mereka ..
sebenarnya , wani lebih tertarik dengan blog yang banyak menceritakan kehidupan harian ..
rasa seronok bila dapat tahu aktiviti harian orang lain ..
at least , kita berkongsi apa yang kita alami dengan orang lain ..

wani terlibat dengan blogging ni kalau tak silap bulan 6 tahun lepas , 2011 ..
wani just nak cuba tulis blog bukan nak dapat perhatian orang tapi just nak share cerita dengan kengkawan , family atau sesiapa yang mengenali wani ...
tapi , Alhamdulillah ada orang lain yang langsung tak kenal wani sudi follow wani then komen dengan segala entry wani ...
walaupun wani tak terlalu aktif dalam penulisan blog , tapi wani bersyukur sebab blog wani dikenali sesetengah pihak ..
 maybe , dalam sebulan wani just tulis 2 entry tu pun kalau wani tak terlalu busy dan tak berpeluang nak tulis blog ...

InsyaAllah , hujung tahun ni wani akan menyambungkan pelajaran seperti yang wani bagitahu sebelum ni dalam entri wani yang dulu-dulu wani nak sambung study dengan duit wani sendiri ...
wani berada dalam keluarga yang sederhana ..
so , wani tengah usaha untuk kumpul duit then nak continue study InsyAllah hujung tahun ni ...
wani pun dah dapat greenlight dari mak ayah ...
restu itu perlu ..
my uncle and my auntie pun support wani ...

dan , this Friday wani akan balek kampung ..
so , memang wani akan ambek peluang betul-betul untuk berehat dan meluangkan masa dengan kawan-kawan yang memang dah lama wani tak jumpa ..
 wani akan berada kat kampung selama 6 hari agaknya ...
so , memang banyak benda yang wani dah plan yang wani nak buat during kat kampung ...
memang wani rindu sangat dengan mak ayah dan adik beradik yang lain ..
bila berada kat kampung wani takkan update blog ..
maybe , wani akn update blog bila wani dah kat sini balek ...

okelah..
tu je .. wani out dulu ...
makseh kerana sudi membaca :)


Saturday, 24 March 2012

di sana ada sinar bahagia :)


Assalammualaikum :)
selamat petang semua ...
lama dah tak update blog sebab agak busy siket (alasan standard)
hari ni memang sangat-sangat free sebab hari ni hari cuti .. so , ada maksu kat rumah ..
sejak beberapa hari ni , wani memang memikirkan banyak hal . kalau difikirkan dengan logiknya hal-2 ni semua memang tak lah terlalu penting ..
tapi , memang agak menjejaskan kestabilan minda wani .
malah kesihatan wani jugak ..
beberapa hari ni , kalau tak makan ubat memang badan ni terasa lemah sangat ...
otak ni sangatsangat berserabut ..

tapi , segala masalah pasti ada jalan penyelesaian ..
dan Allah takkan menguji hambanya dengan ujian yang terlalu berat . Allah hanya menguji hambanya mengikut batas kemampuan kita ..
sebenarnya , wani bermain dengan perasaan sendiri ..
merenung masa depan .. 
mengenang nasib diri ..
wani tau wani tabah , tapi setabah mana hati ni ...
air mata tetap akan jatuh berguguran seperti takungan air yang pecah ..

tiada siapa yang dapat menjangka nasib kita pada masa yang akan datang ..
tiada siapa yang dapat menghakimi kita di dunia . dan kita langsung tak layak untuk menghakimi orang lain ..

di sebalik kegembiraan , tersimpan beribu kisah duka ...
Hanya Allah yang tahu ..
semua orang mendambakan kebahagiaan yang tidak berpenghujung sepertimana lautan yang tidak berpenghujung ...

wani selalu mencari kedamaian . selalu mencari kebahagiaan ..
di sebalik keriangan wani , kenakalan wani ada sifat matang . tak dinafikan , wani seorang yang gila-2 . suka mengusik , suka ketawa , suka senyum dan suka bergurau senda ..
dalam masa yang sama , wani juga dapat handle sesuatu perkara dengan serius ..
serius biar betul tempatnya dan nakal biar betul tempatnya ..

MAN JADDA WAJJADDA :)
seseorang yang berusaha pasti akan berjaya ..
pasti ada sinar bahagia di sana ..
kita sebagai hamba BERUSAHA , BERDOA & TAWAKAL yee ...

k , teng 4 reading :)

 

Wednesday, 14 March 2012

aku konfem korang tak tau :))

Assalammualaikum w.b.t..
bismillahhirrahmannirrahim ...
rasa nak update , tapi malas sesangat nak menaip ... what the FISH !!!!
sejak bila saya malas nak update blog ?? saya dah malas sangat nak update semenjak dua menjak ni sebab dah tak tiap hari duduk depan laptop ..
yeah ! tetiba saya terfikir nak update blog pasal saya yang korang konfem tak tau ..
setelah membuat penyelidikan ke atas diri sendiri saya pun tau apa benda pelik yang saya suka buat yang korang konfem tk tauuu .. korang jugak konfem tak tau apa-2 tentang saya kalau saya tak cerita .. ahahahaha

1.saya suka dengar lagu . kalau boleh , setiap masa nak dengar lagu .. saya tak suka dengar lagu dengan volume yang rendah .. saya suka pasang lagu kuat-2 ..
2.kalau nak mandi , saya konfem bawak hp sekali . saya pasang lagu kuat-2 kat dalam bilik mandi sambil nyanyi sekali .. tak kesah laa jiran dengar saya nyanyi .. gempak satu bilik mandi ..
3.saya suka bergambar .. walaupun muka taklah cantik . tapi bersyukur gak .. hee ...
4.setiap kali saya pergi kemana-mana , saya mesti akan ambil gambar .. at least dapat jadi kenangan ...
5.saya suka gelak kuat-2 ..biar semua orang tau saya ada kat mana ..
6.saya suka ketawa berbanding sedih..walaupun saya sedih saya akan ketawa jugak macam orang setengah tiang ..
7.saya suka berpakaian berbeza daripada kakak-2 saya ..
8.saya tak mempunyai pendirian yang tetap .. kejap nak tu , kejap nak ni .. heeee ..
9.saya ada sorang abang , dua orang kakak dan sorang adek lakii ...
10.saya selalu jeles dengan adik saya sendiri sebab dia jantung hati mak saya . dulu , masa belum ada adik , saya adlah jantung hati mak ..
11.beza umur saya dan adik adlah 8 tahun ..
12.bila saya update blog , saya suka pakai full word .. saya jarang pakai singkatan ..biarlah orang kata saya skema ..
13.bila saya keluar jalan-jalan , saya takkan lupa bawak mascara sekali. walaupun yang lain tinggal saya pastikan mascara dibawak .
14.saya tak suka anjing.. saya fobia sangat kena gigit anjing waktu kecik dulu..
15.saya sayang sangat dengan family saya walaupun saya jarang dapat berkumpul dengan mereka ..
16.saya tak suka jiran kat kampung saya yang mulut pokpekpokpek jaga tepi kain orang ..
17.dulu , saya suka berlagak dengan kawan-kawan...tipu kawan-kawan pun selalu .. ahahahha
18.mulut saya ni macam tak boleh ditutup..asyik nak bercakap jeee ..
19.saya sayang kucing . tapi , sekarang ni saya tinggal dengan uncle dan auntie ..so , tak dapat la nak belai kucing sebab bukan rumah saya pun ..
20.saya suka simpan cekak rambut dan ikat rambut banyak-banyak . kalau saya taknak pakai saya bagi kat kakak dan mak saya .
21.saya terlalu sayang dengan barang saya sehingga menyebabkan saya menjadi seorang yang kedekut ..
22.saya tak suka dengan jiran kat depan area kuarters tempat tinggal kamii .. sebab dia selalu wewwit-2 dan lambai-2 saya ...maybe dia takda kerja lain ..
23.saya terlalu addicted dengan warna PINK ! gegurl sesangat kan ??
24.saya suka makan coklat dan buah kiwi !
25.say tak suka benci-2 orang , tapi kalau keadaan memaksa saya terpaksa jugak ..ahahaha
26.saya tak suka makan sayur, tapi disebabkan ingin nampak cantek dan sihat saya makan jugak .

heee .. cukup sampai di situ saja ..
nanti buat part 2 pulak .. nak buat penyelidikan lagiii ..
thanks for reading :)


u see .. depan kedai kain pun nak ambek gambar .. heeee ...

Friday, 9 March 2012

Impian , Cita-cita dan Cinta :)





Assalammualaikum ...
selamat bercuti dan selamat berhujung minggu !
aku free , tetiba rasa nak update blog . hihiihi ..
dalam bulan ni , dan bulan lepas saya rasa saya update blog tak sampai 10 entry ..
memandang bebudak tengah syok tengok kartun , aku ambek kesempatan hapdet blog .
hari tu aku dah tulis tentang 3 perkara ni dalam buku Doraemon aku . waah ! gelar diri aku pulak hari ni .
buku Doraemon a.k.a bukau Perasaan ! ahahahha

IMPIAN 

semua orang ada impian termasuk aku . orang yang dalam kesusahan pun menyimpan impian . satu hari nanti , aku teringin nak jadi seorang yang KAYA ! ahahaha . dengan kekayaan yang ada , aku boleh laksanakan segala keinginan dalam hati ni . tak kaya , hidup senang pun jadilah . kalau aku senang , aku nak family aku jugak hidup senang . especially my parents . kalau aku banyak duit , aku teringin melancong ke seluruh dunia . sebelum aku melancone ke seluruh dunia , aku nak bawak mak ayah tunaikan haji dulu . masa kecik dan zaman remaja nih , aku jarang dapat jalan-jalan cuci mata tengok tempat orang , bukan jarang , memang langsung takda ! kalau aku berkemampuan jugak , aku teringin nak ada anak seperti anak angkat . aku teringin nak jadi seorang ibu . kalau satu hari nanti saya berpeluang dan berkemampuan nak ambil anak angkat , saya pasti akan ambek anak angkat . saya suka baby . cute sangatsangat . kalau boleh , saya nak jadi seorang sukarelawan kat rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua . sedih sangat bila tengok ada segelintir anak-anak yang sanggup buang ibubapa mereka ..kalau takda orang tua , takkan ada orang-orang muda . sebnarnya , saya sangat-sangat rindukan arwah atok . rasa kasihan tiba-tiba wujud masa tu sebab aku yang jaga atok masa atok sakit tenat . saya sedih tengok keperitang yang atok rasa masa akhir-akhir nyawa dia kat dunia ni . saya tak nak sia-siakan hidup saya dengan mengabaikan orang-orang tua . amiiin ..

CITA-CITA

semua orang punyai cita-cita . time kecik-kecik dulu aku teringin nak jadi seorang PENSYARAH . bila dah besar cita-cita pun bertukar . aku teringin nak jadi AKAUNTAN . jadi PEGAWAI BANK pun jadilah .. asalkan berkaitan dengan akaun @ duit . tak tau kenapa aku addicted sangat dengan pengurusan wang .. mata pun boleh rambang dibuatnya . ahihihihihi .. so , sekarang ni , disebabkan masalah kewangan , aku sendiri yan simpan duit nak sambung study . mudahan rezeki nak masuk U tu ada . berbeza dengan orang yang berduit , mereka tak perlu fikir panjang kalau nak sambung study .. macam aku ni lain , banyak benda kena settle dulu .. amiiin . mudahan , saya dapat mencapai cita-cita yang saya inginkan ..

CINTA

wah ! ni perkara yang sangat-sangat sensitif dalam family aku . memang ianya sangat-sangat sukar untuk diperkatakan . cinta memang memerlukan pengorbanan dari segi fizikal , mental dan kewangan . yeaah ! macam laa betul sangat . ahihihi .. tapi , yang aku tau , mak aku tak izinkan aku kahwin sebelum aku dapat kerja tetap yang boleh menjamin masa depan . takut nanti hidup terumbang-ambing bila bercerai atau menibggal ke .. kita mana tau kan ?? Allah punya kuasa . kita hanya mampu mernacang Allah yang menentukan .. tapi , aku dapat jodoh yang betul-betul dapat membimbing aku . bukan hanya untuk dunia semata tapi untuk akhirat jugak . aku juga nak lelaki yang dapat menerima aku apa adanya bukan untuk mengubah aku apa yang dia mahu .. itu yang dinamakan cinta . betol tak ??

oke laa ..
teng for reading .
impian ke berangan aku pun tak pasti ..