Sunday 1 April 2012

Blog itu Diari Kehidupan saya :)

Assalammualaikum :)
selamat berhari Isnin ...
Alhamdulillah sebab still dapat bernafas lagi hari ni kan ?
so , pagi ni nak ambek kesempatan yang ada dan masa yang tersangat lah terluang ni nak update blog ..
petang semalam , wani ada tengok rancangan Saffiya yang kat tv9 tu kan . konfem banyak blogger yang tengok rancangan tu ..
mana taknya , dalam rancangan tu ada segmen blogger .. temasuklah banyak minah-minah blogger yang femes kat Malaysia ni ..
rasa nak berblogger tu semakin membuak-buak sebab hanya saya dan blogger yang lain faham betapa seronoknya berblogging ..
then , uncle pun teringin nak buat blog ..
hari tu kawan wani pun cakap kat wani dia teringin nak buat blog ..
katanya , best tengok penulisan wani yang simple ..
tak sangka betul ada orang yang sudi baca blog wani yang tak seberapa ni kan ??
tapi , wani dah anggap blog ni sebagai diari kehidupan .. kalau dulu wani dapat update blog tiap hari tapi sekarang dah tak dapat sebab terdapat bermacam halangan yang wani hadapi time nak update blog ...
tapi , bersyukur sangat sebab wani tak jumpa pun keboringan tatkala menulis blog ..
memang segala ketegangan dalam kepala wani share kat sini ..
sebenarnya , menulis blog ni berbeza dengan kita meluahkan isi hati dengan orang lain face-to-face ..
walaupun kekadang bila kita update blog kita turut meluahkan segala isi hati ..
ianya sangat berbeza .. bila kita luahkan di blog ianya akan terpacul keluar semua isi hati kita ...
InsyaAllah , kalau dah ada kesempatan dan peluang nak update wani tetap akan update ...
kadangkala , wani rasakan kita menulis blog bukan untuk mendapat perhatian ramai ..
kita just nak kongsi cerita dengan orang lain ..
dan , wani harap sesiapa blogger yang sudi follow wani tu follow wani dengan seikhlas hati bukan sebab wani follow mereka ..
sebenarnya , wani lebih tertarik dengan blog yang banyak menceritakan kehidupan harian ..
rasa seronok bila dapat tahu aktiviti harian orang lain ..
at least , kita berkongsi apa yang kita alami dengan orang lain ..

wani terlibat dengan blogging ni kalau tak silap bulan 6 tahun lepas , 2011 ..
wani just nak cuba tulis blog bukan nak dapat perhatian orang tapi just nak share cerita dengan kengkawan , family atau sesiapa yang mengenali wani ...
tapi , Alhamdulillah ada orang lain yang langsung tak kenal wani sudi follow wani then komen dengan segala entry wani ...
walaupun wani tak terlalu aktif dalam penulisan blog , tapi wani bersyukur sebab blog wani dikenali sesetengah pihak ..
 maybe , dalam sebulan wani just tulis 2 entry tu pun kalau wani tak terlalu busy dan tak berpeluang nak tulis blog ...

InsyaAllah , hujung tahun ni wani akan menyambungkan pelajaran seperti yang wani bagitahu sebelum ni dalam entri wani yang dulu-dulu wani nak sambung study dengan duit wani sendiri ...
wani berada dalam keluarga yang sederhana ..
so , wani tengah usaha untuk kumpul duit then nak continue study InsyAllah hujung tahun ni ...
wani pun dah dapat greenlight dari mak ayah ...
restu itu perlu ..
my uncle and my auntie pun support wani ...

dan , this Friday wani akan balek kampung ..
so , memang wani akan ambek peluang betul-betul untuk berehat dan meluangkan masa dengan kawan-kawan yang memang dah lama wani tak jumpa ..
 wani akan berada kat kampung selama 6 hari agaknya ...
so , memang banyak benda yang wani dah plan yang wani nak buat during kat kampung ...
memang wani rindu sangat dengan mak ayah dan adik beradik yang lain ..
bila berada kat kampung wani takkan update blog ..
maybe , wani akn update blog bila wani dah kat sini balek ...

okelah..
tu je .. wani out dulu ...
makseh kerana sudi membaca :)


1 comment:

ade oang membebel laaa ...:p